Merancang dan melaksana program turun padang (outreach) operasi pendaftaran bergerak ke pedalaman untuk membantu penduduk yang layak dari segi undang-undang mendapat dokumen pengenalan diri yang sahih.
Menerima permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan kematian dari kaunter bergerak atau static dan memastikan ia diproses berdasarkan undang-undang dan prosedur yang berkuatkuasa.
Permohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Sarawak yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Permohonan pendaftaran tersebut boleh dilakukan dan dihantar di pejabat JPN yang berdekatan dengan pemohon di dalam Negeri Sarawak.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
Borang I – Daftar Kelahiran
Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
Surat pengesahan kelahiran oleh Tuai Rumah/Ketua Kampung/Kapitan/Penghulu (Borang SPK)
Surat pengesahan kelahiran oleh Bidan (Borang SPB)
Salinan kad pengenalan atau salinan sijil kematian (jika bidan telah meninggal dunia) Tuai Rumah dan Bidan
Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak;
Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian;
Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (jika ada);
Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur;
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
Borang I – Daftar Kelahiran
Borang X – Carian/Cabutan Daftar Kelahiran.
Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor.
Discharge Summary;
Gambar berukuran passport (terkini) pemohon
Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak;
Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian;
Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu dan bapa (satu (1) keping);
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (jika ada);
Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping);
Borang Maklumat KeluargaBMK81 dan BMK-81A;
DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
Akuan Sumpah Berkanun SA-81 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran;
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur;
Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Sarawak dan Pemaklum melaporkan kematian selepas tujuh (7) hari berikutnya dari tarikh kematian.
Permohonan pendaftaran tersebut boleh dilakukan dan dihantar di pejabat JPN yang berdekatan dengan pemohon di dalam Negeri Sarawak.
Permohonan Pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:
Ibu si mati;
Bapa si mati;
Anak si mati;
Adik-beradik si mati;
Isteri atau suami si mati;
Pegawai polis yang menjalankan siasatan jika tiada waris kepada si mati.
Borang III dan Borang XI diisi dengan lengkap;
Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum bagi Sarawak;
Borang VIII (Medical Certificate of the Cause of Death);
Borang IX (After Post-Mortem);
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati;
Laporan polis jika Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati tidak diserahkan atau tidak dijumpai kepada JPN.