PERMOHONAN MYKAD KANAK-KANAK 12 TAHUN
Mengikut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
PERMOHONAN DAFTAR LEWAT MYKAD ATAU MYPR
Mengikut peraturan 3(2), Peraturan - Peraturan Pendaftaran Negara 1990 menyatakan bahawa mana - mana orang di dalam Malaysia yang tidak lagi dikecualikan daripada pendaftaran di bawah peraturan 27 hendaklah dalam masa 30 hari selepas tidak lagi dikecualikan seperti yang tersebut di atas, melaporkan kepada pegawai pendaftaran dan mendaftar mengikut perkara ini.
Pemohon yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan hendaklah memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.
PERMOHONAN GANTIAN MYKAD 18 TAHUN
Mengikut peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.
Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun hingga mencapai umur 25 tahun.
Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN.
Dokumen Pemohon (Asal)
- Kad Pengenalan (MyKad atau MyPR)
Dokumen Sokongan
- Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Warganegara = RM10.00
Bukan Warganegara = RM40.00
PERMOHONAN GANTIAN PESARA POLIS / TENTERA
Mengikut peraturan 3(2), Peraturan - Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap anggota polis atau tentera yang telah menamatkan perkhidmatan adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
Pemohon mestilah hadir dimana-mana kuanter JPN.
Sekiranya pemohon adalah pemegang kad pengenalan plastik (KPP) atau kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang kali terakhir di pegang sebelum menyertai polis/tentera.
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran.
Surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
Dokumen Sokongan
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran adalah percuma.
PERMOHONAN MYPR 12 TAHUN BUKAN WARGANEGARA
Mengikut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang bertaraf Pemastautin Tetap adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit masuk yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun atau lebih. Bagi pemohon berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun perlu hadir bersama penganjur. (Penganjur: Ibu atau Bapa atau *Penjaga. *Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun)
Pemohon boleh hadir untuk memohon di mana-mana pejabat JPN yang berdekatan.
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berumur genap 12 tahun atau dari tarikh rujukan di Permit Masuk (cop bujur). Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
Permohonan Kad Pengenalan(Mypr) Kanak-Kanak 12 Tahun Bertaraf Pemastautin Tetap
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat (bagi permohonan kanak-kanak berumur 12 tahun bertaraf Pemastautin Tetap yang lahir di Malaysia).
Permit Masuk.
Pasport Antarabangsa.
Dokumen Penganjur (Asal Dan Salinan)
Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga).
Penjaga yang tiada mempunyai hubungan kekeluargaan, Surat Pengesahan Penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Pasport negara asal bagi penganjur yang Bukan Warganegara.
Permohonan Kad Pengenalan(MYPR) Kali Pertama Bertaraf Pemastautin Tetap
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
Permit Masuk.
Pasport Antarabangsa yang masih sah laku.
Dokumen Sokongan
Pembuktian alamat perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
JADUAL PEMBAYARAN 6A
Bayaran Permohonan Kad Pengenalan(MyPR) Kanak-kanak 12 Tahun bagi Pemastautin Tetap
(BUKAN WARGANEGARA)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hari - RM 40.00
12 tahun 30 hari hingga 16 tahun - RM 50.00
JADUAL PEMBAYARAN 7A
Bayaran Kerana Lewat Memohon MyPR Bagi Pemastautin Tetap
TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK < 30 HARI - RM 40.00
30 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 60 HARI - RM 60.00
60 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 90 HARI - RM 50.00
90 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK ≤ 180 HARI - RM 50.00
180 HARI < TARIKH PERMOHONAN – TARIKH RUJ. DIPERMIT MASUK - RM 50.00
PERMOHONAN MYKAD ORANG BARU TIBA (OBT)
Mengikut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang tidak berada di Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun dan bertaraf warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia.
Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja.
Pemohon tidak berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun (Pasport sebagai bukti perjalanan).
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara.
Pasport.
Dokumen Sokongan
Pembuktian alamat perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
(WARGANEGARA)
JADUAL PEMBAYARAN 6A
Bayaran Kad Pengenalan(MyKad) Bagi OBT
Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport < 30 hari - PERCUMA
30 Hari < Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport ≤ 60 hari - RM 10.00
PERMOHONAN TUKAR ALAMAT PADA MYKAD
Mengikut peraturan 15, Peraturan - Peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.
Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga
Dokumen Pemohon (Asal)
Kad Pengenalan.
Dokumen Sokongan (Asal atau salinan yang disahkan)
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. Bagi dokumen seperti bil-bil atau borang taksiran tersebut, hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya tempoh tiga (3) bulan yang terkini dari tarikh permohonan gantian pertukaran alamat dibuat.
Warganegara
Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
Bukan Warganegara
Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00
PERMOHONAN GANTIAN ROSAK MYKAD
Mengikut peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau
Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:
Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)
Dokumen Pemohon (Asal)
Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.
Dokumen Sokongan (Asal atau salinan yang disahkan)
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya.
Warganegara : RM10.00
Bukan Warganegara : RM40.00
Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
PERMOHONAN GANTIAN HILANG MYKAD / MYTENTERA / MYPR / MYKAS
Mengikut peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi satu kes kehilangan kali kedua dan seterusnya). Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.
DOKUMEN SOKONGAN (ASAL DAN SALINAN)
Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan hal Ehwal orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya(OKU)); atau
Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau penghulu atau Ketua Kampung atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam); atau
Bagi kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan kad pengenalan yang hilang.
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah / perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Asal atau salinan yang disahkan).
MAKLUMAN : BAGI PERMOHONAN MELALUI APLIKASI "SISTEM GANTIAN MYKAD" DI PORTAL JPN BAYARAN HANYA MENGGUNAKAN KAD KREDIT SAHAJA.
Warganegara
Bayaran hilang bagi MyKad atau MyTentera sahaja
(JADUAL PEMBAYARAN 4A)
Kali Pertama : RM110.00
Kali Kedua : RM310.00
Kali Ketiga : RM 1,010.00
Bukan Warganegara
Bayaran hilang bagi MyPR atau MyKas sahaja
(JADUAL PEMBAYARAN 4B)
Kali Pertama : RM140.00
Kali Kedua : RM340.00
Kali Ketiga : RM 1,040.00
Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan lam dijumpai semula.
PERMOHONAN PINDAAN BUTIRAN MYKAD
Mengikut peraturan 14, Peraturan - Peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan mendapati di dalam kad pengenalannya mengandungi butir-butir yang pada pengetahuannya adalah tidak betul hendaklah memohon pindaan butiran kad pengenalan.
Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
Pemohon telah memiliki Kad Pengenalan. Pemohon yang belum memiliki Kad Pengenalan tidak layak memohon.
Borang Permohonan JPN.KP16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Dokumen Pemohon (Asal dan Salinan)
Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, Akuan Berkanun hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa atau*penjaga.*Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
Kad Pengenalan pemohon.
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Permit Masuk (yang mana berkaitan).
Pasport (jika ada).
Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti:
Kad Memeluk Agama Islam daripada Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam Negeribagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau mengekalkan nama asal; atau
Perintah Mahkamah Syariah atau Pengesahan Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam; atau
Sijil Baptisma atau Surat pengesahan memeluk agama Buddha atau Hindu atau Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama. Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran “A” di kaunter dan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti di atas; atau
Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonan untuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin dengan warganegara asing sahaja; atau
Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran Proses Pindaan Butiran (Warganegara atau Bukan Warganegara) : RM 10.00
Jika permohonan Pindaan Butiran diluluskan, bayaran permohonan gantian Kad akan dikenakan seperti berikut:
Warganegara: RM 10.00
Bukan Warganegara: RM 40.00
PERMOHONAN GANTIAN (MYPR) BUKAN WARGANEGARA
Pemohon yang memegang kad pengenalan (Mykad) bertaraf Pemastautin Tetap hendaklah memohon gantian kad pengenalan tersebut kepada kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR).
Pemohon dikehendaki datang ke mana-mana Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan(asal dan salinan).
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
Kad Pengenalan.
Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12).
Pasport (jika ada)
Dokumen Sokongan
Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran Permohonan Gantian Kad Pengenalan(MyPR) di Bawah Peraturan 18 (BUKAN WARGANEGARA)
Permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun akan dikenakan bayaran proses.
Selepas 25 tahun : (bayaran permohonan) RM 40.00 +(bayaran proses) RM 10.00 = (Total) RM 50.00
PERMOHONAN CABUTAN DAFTAR MYKAD & DAFTAR ALAMAT
Peraturan 12(1) & (2), Peraturan-peraturan Pendaftaran 1990 (pindaan 2001).
Daftar tidaklah boleh dibuka untuk pemeriksaan oleh orang awam. Tiada pegawai awam, melainkan jika dibenarkan dengan wajar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu atau seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Bab XIII Kanun Prosedur Jenayah boleh memeriksa daftar itu;
Tetapi cabutan dari daftar itu boleh, menurut budi bicara Ketua Pengarah dikeluarkan kepada pegawai awam atau pembayaran suatu fi yang telah ditetapkan oleh Peraturan - peraturan ini kepada mana-mana anggota orang awam.
Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)
Pemohon mestilah telah memiliki Kad Pengenalan.
Pemohon atau waris mesti hadir ke mana-mana Pejabat JPN.
Waris-waris terdekat adalah seperti berikut: –
- Ibu atau Bapa pemilik
- Ibu atau bapa angkat pemilik
- Anak pemilik
- Suami/Isteri
- Datuk atau Nenek
- Adik beradik kandung
- Penjaga yang sah
Borang Permohonan JPN.KP02 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13)
Pemohon atau wakil (agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/badan berkanun/firma guaman) mesti mengemukakan maklumat yang lengkap kepada Pejabat JPN melalui kaunter/emel rasmi Jabatan/surat untuk dibuat semakan terlebih dahulu.
Surat permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon yang mempunyai kepala surat yang sah.Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan).
Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)
Dokumen yang dikemukakan oleh pemilik adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan pemohon atau salinannya; atau
- Permit Masuk; atau
- Lain-lain dokumen seperti Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Lesen Memandu, Pasport, buku bank atau lain-lain dokumen yang ada mencatatkan nombor kad pengenalan.
Dokumen yang dikemukakan oleh waris terdekat adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan pemohon; atau
- Sijil Kelahiran pemohon dan pemilik ;atau
- Sijil Kematian,atau
- Sijil Nikah;atau
- Lain-lain dokumen yang membuktikan hubungan dengan pemilik.
Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13)
Dokumen yang dikemukakan oleh wakil/ agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/ badan berkanun/firma guaman.
- Surat dari pihak guaman bagi pihak ketiga/wakil.
- Surat permohonan yang mempunyai kepala surat daripada agensi kerajaan/agensi penguatkuasa/badan berkanun/ firma guaman.
Bil Jenis Cabutan Bayaran Permohonan (RM)
Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12) RM50.00
Cabutan Daftar Alamat (JPN.KP13) RM50.00
Jadual : Bayaran Fi Cabutan Daftar Kad Pengenalan Dan Cabutan Daftar Alamat