Program yang dilaksanakan untuk menghubungkan majikan dan graduan tajaan JPA (career pitching & talent scouting) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mengurangkan jurang 'miss match' pekerjaan sekaligus peluang kepada graduan untuk mendapatkan gaji yang kompetetif dan berkemampuan membayar balik pinjaman pendidikan.
Majikan yang ingin membuat tempahan slot Program Career Outreach bersama JPA boleh menghubungi Unit Pembangunan Graduan setelah mengisi Borang Tempahan Slot Career Outreach.
Bidang pengajian dan graduan sasaran boleh dirujuk di Dashboard Graduan JPA.
JPA akan melaksanakan hebahan program dan RSVP kepada pelajar dan mengutip CV/Resume (jika perlu).
Hubungi Unit Pembangunan Graduan:
☎️ 03 - 8885 3059 /3375 / 3669 / 3379
Dashboard graduan JPA disediakan untuk bakal majikan / recruiters yang ingin membuat unjuran pemerolehan atau pengambilan graduan tajaan JPA. Dashboard ini mengandungi maklumat jangkaan tamat belajar, institusi dan bidang.
Hubungi Unit Pembangunan Graduan:
☎️ 03 - 8885 3059 /3375 / 3669 / 3379