Para pengunjung yang dihormati,
Portal ini merupakan sub portal kepada Portal Rasmi JPA. Dibangunkan menggunakan aplikasi Google Site dengan format yang mudah dan ringkas untuk rujukan pantas Pelajar/Graduan Tajaan JPA serta rakan strategik JPA.
Portal ini merupakan sebuah inisiatif inovasi yang dibangunkan secara 'zero cost' oleh pegawai dan kakitangan JPA bertujuan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan mengatasi kekangan perkhidmatan oleh sebab penerimaan panggilan telefon dan emel yang terlalu tinggi melebihi kapasiti Jabatan ini.
Portal ini dibina untuk pembelajaran kendiri pengguna dan merupakan alternatif bagi membantu pengguna mendapat informasi segera.
Maklum balas anda terhadap portal ini amat dihargai.
Terima kasih! 😊