Search this site
Embedded Files

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI UNIT SENI BINA PRE-APPROVED PLAN

LIHAT SELANJUTNYA
JKR PAP
  • Home
  • Info PAP
    • PERUTUSAN RASMI
    • PEKELILING PK 1.11
    • PAP POPULAR
  • Katalog PAP
  • Reka bentuk PAP
    • Pejabat
    • Masjid
    • Sekolah
  • Aduan/Maklumbalas/Cadangan
  • Program Promosi
  • Statistik Penggunaan
  • Contact
JKR PAP
  • Home
  • Info PAP
    • PERUTUSAN RASMI
    • PEKELILING PK 1.11
    • PAP POPULAR
  • Katalog PAP
  • Reka bentuk PAP
    • Pejabat
    • Masjid
    • Sekolah
  • Aduan/Maklumbalas/Cadangan
  • Program Promosi
  • Statistik Penggunaan
  • Contact
  • More
    • Home
    • Info PAP
      • PERUTUSAN RASMI
      • PEKELILING PK 1.11
      • PAP POPULAR
    • Katalog PAP
    • Reka bentuk PAP
      • Pejabat
      • Masjid
      • Sekolah
    • Aduan/Maklumbalas/Cadangan
    • Program Promosi
    • Statistik Penggunaan
    • Contact

PERMOHONAN LUKISAN

Permohonan Lukisan Tender PAP dalam format PDF 

STATISTIK 

Status Permohonan dan Penggunaan Lukisan PAP JKR

KATEGORI PAP

29 Kategori Reka Bentuk PAP

KATALOG PAP

Akses Flipbook Katalog PAP 

PAP POPULAR

PAP Popular berdasarkan jumlah permintaan mengikut kategori

ADUAN/MAKLUMBALAS

Aduan/Maklumbalas/Cadangan penggunaan Reka Bentuk PAP

PERUTUSAN RASMI

KETUA PENGARAH KERJA RAYA

Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

 

Syukur alhamdulillah dengan penerbitan katalog JKR Pre-Approved Plans (PAP): SIRI KE - 3 EDISI KETIGA merupakan kesinambungan kepada siri katalog PAP sedia ada yang mampu memberikan lebih banyak variasi dan pilihan reka bentuk untuk disesuaikan dengan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).


LIHAT SELANJUTNYA.
 

TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR)

Dato Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim

(draft) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR Pre-Approved Plans (PAP), sebuah platform digital yang dibangunkan bagi memudahkan capaian maklumat, rujukan serta penggunaan reka bentuk bangunan PAP oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.


LIHAT SELANJUTNYA.
 

STATISTIK PAP

STATISTIK PENGGUNAAN PAP MENGIKUT KATEGORI DAN STATISTIK MAKLUMBALAS PENGGUNAAN PAP

PAP POPULAR

LIHAT SELANJUTNYA

STATISTIK MAKLUMBALAS

LIHAT SELANJUTNYA

2025

HEBAHAN DAN MAKLUMAN BERKAITAN PAP

SESI TAKLIMAT RINGKAS PENAMBAHBAIKAN PK1.11 KEPADA YBHG DATO' SERI AZMAN BIN IBRAHIM

Pada 22 Disember 2025, satu taklimat ringkas berkenaan Pre-Approved Pland dan penambahbaikan Perbendaharaan PK 1.11 telah diadakan di pejabat YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR).Sesi Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Arkitek. Ar. Sharina Intan bin Abdullah.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PRE-APPROVED PLAN (PAP) BIL 1.2025

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PAP Bil.1.2025 telah diadakan pada 8 Disember 2025 di Bilik Mesyuarat Berlian, Blok G, Menara JKR, dan telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, Ar. Sharina Intan binti Abdullah. 

DOKUMEN MESYUARAT 

SESI KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA (KDN) 

Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan pada 20 November 2025 oleh delegasi dari Cawangan Arkitek yang diketuai oleh Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek bertempat di Bilik Bincang Timbalan Ketua Setiausaha (KDN).Agenda perbincangan merangkumi beberapa perkara termasuk Program disiplin berkaitan PAP.


SESI INTERAKSI PAP & BIM BERSAMA PEREKA BENTUK CAWANGAN ARKITEK  TAHUN 2025

Satu sesi Bengkel Sesi Interaksi PAP dan BIM bersama Pereka Bentuk Cawangan Arkitek Tahun 2025 telah diadakan pada 7 Oktober 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Arkitek dengan bertemakan 

 'PAP & BIM BERSAMA ANDA'


PERBINCANGAN CADANGAN PINDAAN PK 1.11 PELAKSANAAN PRE-APPROVED PLAN

 Perbincangan cadangan pindaan pekeliling telah diadakan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan , ICU JPM pada 3 Oktober 2025 dan telah dipengerusikan oleh Ir. Adilah binti Ismail, Pengarah Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, ICU JPM.Delegasi Cawangan Arkitek diketuai oleh Ar. IDr. Ts. Zainal bin Haji Mat Rais.




MESYUARAT PENYELARASAN CADANGAN PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN PEROLEHAN KERAJAAN PK 1.11 

Mesyuarat telah diadakan pada 1 Oktober 2025  dan dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norwatil Amali binti Alias, Timbalan Setiausaha, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.Delegasi dari Cawangan Arkitek diketuai oleh Ar. IDr. Ts. Zainal bin Haji Mat Rais.



TAKLIMAT PENYEDIAAN PRE-APPROVED PLAN (PAP) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Pada 10 September 2025, satu sesi kunjungan dan taklimat berkaitan penyediaan Pre-Approved Plan (PAP) telah diadakan selaras dengan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN) Bil 1. Tahun 2025.



SESI PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN BERKAITAN PAP DAN PK 1.11

Satu sesi pembentangan dan perbincangan berkaitan Pre-Approved Plans (PAP) dan PK 1.11 Perbendaharaan Malaysia telah diadakan pada 7 Ogos 2025 di pejabat YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).Pembentangan itu telah diketuai oleh Ar. IDr. Ts. Zainal bin Haji Mat Rais, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Arkitek.


ANUGERAH REKA BENTUK TERBAIK (ART) PAP CAWANGAN ARKITEK 2025

Pemenang telah diumumkan di Mesyuarat Arkitek 2025 yang telah berlangsung pada 2-3 Julai 2025 di Hotel Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan dan hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar.

GAMBAR & VIDEO PEMENANG 

MESYUARAT LIBAT URUS PENYEDIAAN  SPESIFIKASI BANGUNAN PESISIR PANTAI

Pada 9-12 Jun 2025 telah diadakan Mesyuarat Libat Urus Penyediaan Spesifikasi Bangunan Pesisir Pantai bertempat di JKR Negeri Terangganu.Sesi Libat Urus ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan masalah berkaitan dengan spesifikasi serta ketahanan pra dan pasca pembinaan bangunan di persisir pantai.


MESYUARAT HARI LIBAT URUS PRE-APPROVED PLANS (PAP) JKR MALAYSIA ZON TIMUR 2025

Mempromosikan reka bentuk PAP, mendapatkan input teknikal daripada JKR Negeri, serta mengumpul reka bentuk bangunan berpotensi untuk dijadikan PAP. 




2024

HEBAHAN DAN MAKLUMAN BERKAITAN PAP

PELANCARAN KATALOG TERBARU PAP SIRI 3 EDISI 2 DI MESYUARAT ARKITEK 2024

18 Reka Bentuk PAP baharu


VIDEO PELANCARAN KATALOG PAP SIRI 3 EDISI 2 

2023

HEBAHAN DAN MAKLUMAN BERKAITAN PAP

PERASMIAN PROGRAM HARI LIBAT URUS PRE-APPROVED PLANS (PAP) JKR MALAYSIA BERSAMA PELANGGAN 2023

PAP JKR Sebagai Reka Bentuk Inspirasi Rakyat

Nota Taklimat


URUSETIA PAP JKR MALAYSIA DAN CAWANGAN ARKITEK

Subscribe to our mailing list at [URUSETIAPAP@JKR.GOV.MY]

Learn more

Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse