SENARAI AKTIVITI SENI BUDAYA DAN PERTANDINGAN FKS 2026
Pertandingan TikTok FKS 2026 menawarkan hadiah sebanyak
RM 3 000 untuk dimenangi!
Imbas QR atau daftar untuk penyertaan pertandingan.
Tahukah anda, Urumee Melam adalah persembahan gendang budaya India dari Tamil Nadu dan sering dilihat ketika perayaan Thaipusam, Pongal, Deepavali dan majlis perkahwinan. Jangan lepaskan peluang, sertai pertandingan ini!
Jom serlahkan bakat nyanyian anda dengan nyanyian lagu irama Malaysia!
Tekan butang dibawah untuk pendaftaran Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia.
Gerakan gemalai tari sang gagah,
Bait melodi pasak bergaya,
Bawa jati diri nan megah,
Elok bersanggul cerminan budaya.
Jom sertai pertandingan ini dengan menekan butang di bawah atau imbas kod QR.
Jom luangkan masa bersama keluarga! Sertai Doodle With Family sempena Festival Kota Selatan 2026 di Dataran Segamat! 🎨
Serlahkan keanggunan bersama insan tersayang. Sertai Pertandingan Anggun Bersama Bonda dan cipta kenangan indah dengan bergaya cantik dan anggun bersama.
Daun kaduk disangka kadut,
Dipetik anak di tepi perigi,
Gubahan sirih tradisi diikut,
Warisan bangsa dijulang tinggi.
Sertai pertandingan Gubahan Sirih Junjung di pautan atau imbar QR ini.
Pertandingan Kompang Rentap Menyalu adalah pertandingan kompang yang bakal memeriahkan Festival Kota Selatan.
Tekan butang pendaftaran di bawah atau imbas QR kod untuk keterangan lanjut.