Tarikh Festival Kota Selatan :
24 – 27 September 2026
Tarikh Festival Kota Selatan :
24 – 27 September 2026
Ayuh rasai kemeriahan seni budaya negeri Johor melalui Festival Kota Selatan 2026 yang menghimpunkan seni tari, muzik, adat resam, makanan tradisi dan pelbagai aktiviti pelancongan budaya di Dataran Segamat, Johor 2026.
Penganjuran kali ke-6 ini bersempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026, dengan pengisian seperti Konsert FKS 2026, Pentas Seni Johor, pameran agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), MOTAC, Tourism Johor, Kraf dan persembahan pelbagai kaum.
Malam ini gah menampilkan pelbagai budaya Johor yang meriah dengan pertunjukan laser yang memukau! Penampilan istimewa Zamani Slam turut bakal menghiburkan warga Segamat.
Penampilan Senario dan Amir Ukays bakal memeriahkan Konsert Festival Kota Selatan di Dataran Segamat pada 26 September 2026 jam 8.30 malam! Jumpa anda di sana
Borak Seni dan Persembahan Kuda Kepang Patuh Syariah kali pertama persembahan dipersembahkan secara rasmi di negeri Johor sejak pemurnian semula garis panduan persembahan kuda kepang.
Perjalanan bermula dari Dataran Segamat, melalui Lorong Seni hingga ke Dataran Segamat sambil mengenakan baju tradisi negeri Johor iaitu teluk belanga. DAFTAR SEKARANG! TELUK BELANGA WALK