• Pelaksanaan SIRAJ adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan JAWI iaitu:
”Satu usaha yang berterusan untuk menyebarkan ilmu, kemahiran dan amalan berpandukan Al-Quran dan Al Sunnah, bagi melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa yang mampu mendaulatkan Islam di muka bumi ini serta mencapai kebahagiaan di akhirat.”
• Rujuk Buku Kurikulum SRA JAWI
• Melaksanakan konsep pendidikan yang bersepadu, menggabungkan kurikulum seperti berikut:
(a) KSRA
(b) KSSR
(c) Ekstra Kurikulum
(d) Ko-Kurikulum
(e) Kurikulum Antarabangsa :-
International General Certificate Secondary Education (IGCSE) / Cambridge International Examination
• Meningkatkan Prestasi Akademik Dari Segi Kualiti Dan Kuantiti
• Meningkatkan Pencapaian Dan Kecemerlangan Kurikulum Dan Ko Kurikulum
• Membentuk Dan Melahirkan Insan Yang Berilmu, Berakhlak Mulia, Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah S.W.T
* Membaca, Membina dan Menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi Dan Khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
Pendidikan Bersepadu, Insan Terdidik, Berilmu Dan Bersahsiah Mulia.
“ Bersatu Menuju Kecemerlangan ”
“ Sedia memberi kerja sama kepada ibu bapa penjaga dengan penuh rasa tanggungjawab, mesra dan prihatin ke arah perkhidmatan yang cemerlang”