Kelab Taekwondo SIRAJ AIM telah ditubuhkan secara rasminya pada 31 Januari 2020 sempena Majlis Pelancaran Extra Kurikulum dan Majlis Menandatangani Perjanjian antara pihak sekolah dengan kelab-kelab dibawah seliaan SIRAJ AIM.
Hypermax Taekwondo Club merupakan kelab yang bertanggungjawab melatih anak-anak di SIRAJ AIM dalam seni mempertahankan diri ini. Latihan dijalankan pada hari Sabtu setiap minggu bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 pagi.
Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat membina keyakinan dalam diri setiap ahlinya serta mendisiplinkan diri di samping mampu mempertahankan diri.
Pihak sekolah mengalu-alukan semua murid yang belum menyertai kelab ini untuk menyertainya.