PERKHIDMATAN SIRKULASI

Warga IPG Kampus Tun Abdul Razak yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan layak menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Pengguna hanya boleh meminjam bahan–bahan di Rak Terbuka atau “Open Shelf” sahaja. Manakala bahan–bahan rujukan hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan sahaja dan tidak boleh dibawa keluar dari bangunan sama sekali.

Pinjaman Bahan

  • Mesti berdaftar sebagai ahli Perpustakaan IPG Kampus Tun Abdul Razak

  • Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan untuk membuat pinjaman.

  • Mesti menunjukkan kad pelajar / staf setiap kali membuat pinjaman.

  • Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.

  • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.

  • Bahan yang dipinjam mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.

  • Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan, merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam.

  • Bahan Perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.

  • Hanya koleksi yang berada di Rak Terbuka sahaja yang boleh dipinjam.

Pembaharuan Pinjaman

  • Pembaharuan pinjaman boleh diperbaharui dengan berurusan dengan kakitangan di kaunter.

  • Pengguna adalah dinasihatkan supaya membuat pembaharuan pinjaman sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh tamat tempoh.

  • Peminjam boleh memperbaharui pinjaman bahan tersebut sekiranya bahan itu tidak ditempah pengguna lain.

Pemulangan Bahan

  • Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.

  • Pengguna juga boleh menghantar bahan dengan memasukkan bahan pinjaman di dalam kotak book drop yang disediakan di hadapan pintu pagar masuk perpustakaan dan mengisi borang pemulangan bahan dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan.

  • Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan. Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh peminjam.