KEMUDAHAN

Ruangan Santai

Ruangan ini terdapat sofa, televisyen dan koleksi permainan dalaman disediakan menjadikan ruang ini amat selesa dan santai.

Ruang Bacaan & Rujukan

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan dan rujukan yang boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa. Ruang yang disediakan kepada yang memerlukan ruang senyap untuk membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pembelajaran. 

Ruang Perbincangan


Ruang perbincangan boleh menempatkan 15 hingga 20 orang pengguna dalam satu masa. Ruang ini disediakan untuk perbincangan berkumpulan, mesyuarat, kelas atau perjumpaan. Pengunaan ruang perbincangan hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak perpustakaan. 

Sudut Teknologi Maklumat (Ruang komputer)


Sudut ini menyediakan beberapa buah komputer, meja, kerusi serta soket bagi pengguna yang membawa komputer riba untuk memudahkan pengguna mengakses internet secara percuma dan melakukan kerja berkomputer.

Sudut Pengiktirafan


Sudut ini mempamerkan kejayaan yang diperolehi oleh warga Unit Pusat Sumber.

Sudut Kanak-Kanak


Sudut ini menempatkan rak bahan bacaan kanak-kanak dan koleksi permainan. Sudut ini juga menyediakan ruangan untuk kanak-kanak membaca buku dan bermain. 

Pentas Mini


Pentas mini merupakan pentas yang digunakan untuk aktiviti di perpustakaan sahaja.

Bilik Penyelidikan Khas


Bilik ini menempatkan koleksi Redspot iaitu Tesis & Kajian Tindakan (AR). Hanya seorang sahaja yang dibenarkan menggunakan bilik ini dalam satu masa dan semua bahan dalam bilik ini tidak dibenarkan dibawa keluar.

Bilik Karel


Hanya seorang sahaja yang dibenarkan menggunakan bilik ini dalam satu masa. Ruang pembelajaran yang berasingan dan senyap yang membolehkan pengguna membuat rujukan atau tugasan secara individu. Penggunaan bilik perbincangan hendaklah berurusan di Kaunter Perkhidmatan perpustakaan. 

Bilik Perbincangan


Bilik perbincangan boleh menempatkan 8 hingga 10 orang pengguna dalam satu masa. Bilik ini disediakan untuk pengguna yang ingin melaksanakan perbincangan berkumpulan, mesyuarat atau perjumapaan. Pengunaan bilik perbincangan hendaklah berurusan di Kaunter Perkhidmatan perpustakaan.

Teratak Ilmu


Ruang ini menempatkan kerusi dan meja makan yang dibuat khas oleh staf perpustakaan sendiri. Hanya di ruangan ini sahaja pengguna dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman.

Lokar


Ruang khas yang menempatkan lokar terbuka untuk penyimpanan barang disediakan secara percuma untuk memudahkan pengguna menyimpan beg dan barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Book Drop


Pengguna boleh menghantar bahan pinjaman dengan memasukkan bahan pinjaman berkenaan di dalam kotak book drop yang terletak di depan pintu pagar perpustakaan dan mengisi borang dan maklumat tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan perpustakaan untuk proses pemulangan bahan. 

Stesen OPAC


Sebuah komputer disediakan di sudut teknologi maklumat bagi memudahkan proses pengesanan dan pencarian rekod bahan di perpustakaan. OPAC boleh diakses di pautan http://10.13.51.2/equip-iptar/