IPGM Kampus Ipoh sentiasa komited dalam melahirkan guru-guru berkualiti melalui pengalaman latihan yang autentik dan berimpak tinggi. Salah satu pendekatan utama ialah dengan mewujudkan Sekolah Pengajar, iaitu sekolah-sekolah rakan strategik yang dipilih khas untuk menjadi tapak latihan dan penyelidikan bagi bakal guru dan pensyarah.
Terdapat empat buah sekolah di bawah seliaan IPGM Kampus Ipoh sebagai Sekolah Pengajar yang memainkan peranan penting dalam membina jalinan profesional antara institut dan komuniti sekolah iaitu:
SK Pasukan Polis Hutan, Tanjung Rambutan
SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar
SK Kampung Kenang, Sungai Siput
Sekolah-sekolah ini menjadi medan perkongsian ilmu, inovasi pedagogi dan kerjasama berterusan dalam memperkasakan pendidikan negara.