Aktiviti Sekolah Pengajar merupakan sebuah inisiatif kerjasama strategik antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan sekolah-sekolah terpilih yang bertujuan untuk memperkukuhkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Usaha kolaboratif diantara IPGM Kampus Ipoh dengan sekolah-sekolah yang terpilih ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dengan sekolah, malah dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme keguruan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.