Forum Bicara Bahasa, Semarak Sastera
Pada 18 Julai 2025 yang bertempat di Dewan Besar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sebuah forum telah dianjurkan bersempena Sambutan Jubli Perak IPG Kampus Perlis. Forum ini membawa objektif memperkukuh kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan melalui perbincangan bersama ahli panel yang hebat. Program ini menjadi platform membina pemikiran kritis dan semangat jati diri dalam kalangan warga pendidik masa hadapan.
BARISAN AHLI PANEL DAN MODERATOR
YBrs. Dr. Roziah binti Ramli
Pensyarah IPG Kampus Perlis
YBrs. Dr. Mohamad Saleeh bin Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
YBhg. Dato' Rahman bin Shaari
Sasterawan Negara
Encik Saifullizan bin Yahaya
Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, DBP
"Bahasa dan Sastera: Legasi Keilmuan, Aspirasi Pendidik"