GALERI AKTIVITI LITERASI MATEMATIK PLIN1102 (2024)
Pembentangan Kumpulan 1
Pembentangan Kumpulan 2
Pembentangan Kumpulan 3
KOLEKSI E-PEMBELAJARAN PELAJAR GURU
(1) e-Pembelajaran Topik 3 Budaya Pembelajaran Matematik
Dalam topik ini pelajar guru belajar mengenai :
(a) Berkomunikasi Secara Matematik
(b) Kemahiran Matematik
- Mengenalpasti pola nombor
- Menganalisis permasalahan nombor
- Menyelesaikan Masalah melibatkan nombor.
(c) Membuat Penyelidikan Berkaitan Konsep Nombor
(d) Menggunakan teknologi dalam topik nombor seperti abakus, kalkulator, MS Excell atau lain-lain.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berikut merupakan e-pembelajaran anda yang ke-2. Anda dikehendaki untuk mencipta SATU soalan penyelesaian masalah berdasarkan situasi harian. Berikut merupakan kriteria penyediaan soalan
1. Soalan melibatkan tahap aplikasi.
2. Soalan hanya melibatkan nombor bulat Matematik Tahun 5.
3. Pilih satu operasi, tambah, tolak, darab atau bahagi.
(2) e-Pembelajaran Topik 4 Penyelesaian Masalah Matematik
Dalam Topik 4 iaitu Penyelesaian Masalah Matematik, pelajar guru didedahkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah matematik. Pelajar guru juga belajar mengenai soalan rutin dan soalan bukan rutin. Kemudian pelajar diperkenalkan dengan 9 strategi penyelesaian masalah iaitu :
- Teka dan Uji
- Mengenalpasti pola
- Menggunakan gambarajah
- Membina jadual
- Melakonkan masalah
- Membuat eksperimen
- Membuat simulasi
- Bekerja dari belakang
- Memudahkan masalah
Pelajar guru diberikan tugasan untuk menyelesaikan soalan bukan rutin dengan menggunakan strategi yang berbeza.
Contoh lain bagi penyelesaian masalah bukan rutin menggunakan pelbagai strategi untuk penyelesaian
(3) e-Pembelajaran Topik 5 Pengenalan Kepada Aplikasi Matematik Abad ke-21
5.1 Pemulihan dan Pengayaan Matematik
(i) Modul MoLIB
(ii) Eksplorasi DELIMA (Pentaksiran)
5.2 Penggunaan Perisian Matematik
(i) Microsoft Mathematics
(ii) Geometer Sketch Pad
(iii) Geogebra
5.3 Aplikasi Kemahiran STEM Melibatkan Matematik
(i) Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (IBME)
(ii) Rekreasi Matematik
(iii) Revolusi Industri 4.0
(iv) Pemikiran Komputasional dan Analisis Data Raya
Pelajar guru diberi peluang untuk meneroka aplikasi dalam talian iaitu Geogebra yang boleh digunakan sebagai bahan multimedia untuk mengajar konsep matematik ataupun membuat penilaian di dalam kelas.
KOLEKSI NOTA KULIAH
SENARAI NAMA PELAJAR GURU KUMPULAN 1