Pengurusan Kurikulum Akademik (PEKA)
JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG
"Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia"
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG
"Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia"
Ketua Jabatan :
Encik Naziruddin bin Mashood
Memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur ISO 21001: 2018 EOMS dan MQA yang sedang berkuat kuasa.
Memantau dan menyelia semua aktiviti unit di JKA.
Memantau pengurusan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum.
Memantau pengurusan sistem pembelajaran digital.
Memantau penyediaan dan pelaksanaan Jadual Waktu.
Memantau perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kerja kursus serta keselarasannya dengan Maklumat Kursus (MK).
Memantau pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan mengikut keperluan IPGM dan IPGK dan berdasarkan kursus yang ditawarkan dalam setiap program pendidikan guru.
Memantau tindakan terhadap hasil refleksi praktikum pelajar serta pelaksanaan praktikum bertema.
Memantau pelaksanaan pemantauan penyampaian kurikulum.
Memastikan pelaksanaan dan pelaporan penambahbaikan berterusan (Closing the Loop) bagi program / kursus yang ditawarkan.
Memantau dan menyelia kemajuan prestasi pelajar.
Memantau pelaksanaan semua kursus dalam semua program.
Memantau penyampaian taklimat program pengajian akademik kepada pelajar baharu.
Memantau penyebaran pindaan atau penambahbaikan dalam struktur program terkini.
Memastikan penyebaran maklumat terkini tentang perkembangan program pengajian akademik
Memantau pelaksanaan semua aktiviti unit secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti & profesionalisme akademik pensyarah & pelajar.
Memantau pembudayaan amalan pedagogi masa kini di institut.
Memantau pelaksanaan program peningkatan kompetensi pensyarah bagi meningkatkan profesionalisme pensyarah.
Timbalan Ketua Jabatan / Ketua Unit Program Pengurusan Akademik :
Dr Tan Lay Koon
Memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur ISO 21001:2018 EOMS dan MQA yang berkuat kuasa
Memastikan semua aktiviti unit berjalan lancar
Memastikan pengurusan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum dilaksanakan mengikut prosedur
Memastikan penyediaan dan pelaksanaan Jadual Waktu berjalan lancar
Ketua Unit Pengajian Akademik :
Dr Suah See Ling
Memastikan penawaran semua kursus dan maklumat pentaksiran dalam semua program.
Memastikan taklimat program pengajian akademik diberi kepada pelajar baharu.
Memastikan penyebaran sebarang pindaan atau penambahbaikan dalam struktur program terkini kepada semua Ketua Jabatan Akademik /Ketua Unit.
Memastikan pengurusan pemilihan elektif teras dan elektif terbuka.
Membentangkan senarai kursus, tenaga pengajar serta maklumat pentaksiran dalam mesyuarat Pengurusan Tertinggi IPG.
Memastikan maklumat Program Pengajian Akademik yang terkini bagi setiap program dimuatnaik ke laman web institut.
Memastikan penyebaran maklumat tentang perkembangan kurikulum terkini.
Memastikan pelaksanaan jadual waktu interaksi kuliah bagi program KDC.
Menyelaras tugas semua Penyelaras Program yang ditawarkan di Institut
Ketua Unit Pembelajaran Digital :
Dr Kamalambal Durairaj
Menyelaras perancangan, pelaksanaan, dan penilaian keberkesanan pembelajaran digital latihan guru di IPGK, termasuk penyediaan garis panduan, penyelarasan penggunaan platform DELIMa, dan penganjuran sesi taklimat dengan kerjasama OPD.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan pembelajaran digital di jabatan melalui semakan laporan, pemantauan berkala, dan pelaporan status pelaksanaan kepada pihak berkaitan.
Menganalisis data penggunaan platform digital bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan serta menyediakan laporan keberkesanan untuk rujukan pengurusan.
Mengurus fungsi pentadbiran jabatan sebagai Setiausaha, meliputi penyediaan minit mesyuarat, pengurusan surat menyurat, penyelarasan dokumentasi, dan penyimpanan rekod rasmi.
Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik :
Puan Saraswathy Sinnasamy
Memantau penyelarasan perancangan semester PdP dan kerja kursus bagi setiap kursus yang ditawarkan oleh IPG bagi semester berikutnya
Memantau pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan secara sistematik, profesional dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mengikut keperluan IPGM dan IPGK
Memastikan pengurusan laporan pelaksanaan Praktikum untuk penambahbaikan berterusan dilaksanakan dan diambil tindakan
Mengurus pelaksanaan pemantauan penyampaian kurikulum
Mengurus dan menyelia pelaksanaan dan pelaporan penambahbaikan berterusan (Closing the loop) bagi kursus/program yang ditawarkan
Mengurus dan menyelia kemajuan prestasi pelajar. Mendapatkan cadangan tindakan penambahbaikan jika perlu. Memantau pelaksanaan penambahbaikan oleh pemilik program
Memastikan perancangan dan pelaksanaan peningkatan literasi data dalam pelaksanaan program latihan guru
Ketua Unit Perkembangan Profesionalisme Akademik :
Pn Wan Nor Asmah Binti Arshad
Membuat penyelaras bersama ULDP/Jabatan akademik perancangan tahunan yang berfokus kepada peningkatan profesionalisme akademik pensyarah dan bakal guru berdasarkan analisis laporan IPPK, CDl dan CCQI
Merancang aktiviti unit secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti & profesionalisme akadmeik pensyarah dan pelajar
Merancang aktiviti-aktiviti akademik yang menyokong ke arah pengembangan profesionalisme pensyarah dan pelajar seperti PLC, KPPB, TS25, PBD, PAK-21 dan sebagainya
Memperkukuh pembudayaan amalan pedagogi masa kini di institut
Mengemas kini dokumentasi aktiviti unit dari semasa ke semasa