KONSEP KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.Â
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan projek serta lain-lain. Melalui perancangan aktiviti sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah. Murid akan lebih bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
BUKU PANDUAN KBAT
ARKIB PROGRAM KBAT IPG
SHOWCASE KBAT-KPPB IPGK ZON UTARA/ TIMUR 2023
Tarikh: 28 Disember 2023
Platform : Google Meet