PENGENALAN KIT SAFARI SAINS
Kit Safari Sains merupakan gabungan manual panduan guru, manual aktiviti murid dan bahan/alatan Sains untuk setiap aktiviti. Kit ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran proses Sains dan konsep Sains melalui aktiviti hands-on and mind-on. Kandungan manual panduan guru berfokus kepada pengenalan konsep-konsep, langkah-langkah aktiviti, contoh cadangan jawapan dan senarai bahan keperluan aktiviti dalam manual aktiviti murid. Manual panduan ini juga akan menyediakan kod QR untuk mendapat pelbagai aktiviti secara dalam talian dan google site untuk aktiviti amali untuk kit itu.
Manual aktiviti murid telah dibina menggunakan dwibahasa berdasarkan kurikulum DSKP Sains tahap 1 dan 2 (KSSR Semakan 2017). Elemen-elemen dalam pembelajaran abad ke-21 merupakan asas dalam penggubalan manual aktiviti murid. Setiap aktiviti mengandungi stimulus, diikuti aktiviti “hands on” dan aktiviti menjawab soalan. Terdapat lapan tajuk aktiviti yang terdiri daripada tajuk pengukuran isipadu dan luas, sifat bahan seperti kalis air, timbul dan tenggelam dan kekonduksian elektrik, sifat cahaya, magnet serta perubahan bentuk tenaga. Prosedur aktiviti adalah ringkas dan mudah dilaksanakan oleh semua murid yang mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Kos bahan aktiviti adalah rendah dan bahan mudah diperoleh.
Prinsip utama pelaksanaan kit ini memberikan fokus kepada pembelajaran kendiri, iaitu setiap individu bertanggung jawab terhadap pembelajaran mereka. Pendekatan dalam pelaksanaan aktiviti ini memerlukan murid-murid bergerak dari stesen ke stesen dan melakukan aktiviti penerokaan berdasarkan pemahaman mereka sendiri dengan merujuk manual aktiviti dan kit. Pembelajaran penerokaan berasaskan pengalaman ini dapat membina ilmu secara konstruktif dalam diri murid-murid demi kelestarian ilmu Sains.
Kemahiran saintifik yang diterap melalui aktiviti dalam kit ini membantu murid menguasai konsep sains dengan mudah. Walaupun aktiviti dilakukan secara individu, namun murid-murid boleh berkolaboratif dengan rakan lain menerusi aktiviti perbincangan. Aktiviti setiap stesen akan dimulakan dengan pemerhatian terhadap stimulus atau fenomena untuk merangsang pemikiran mereka bagi meneroka aktiviti seterusnya. Dalam fasa meneroka, murid akan diberi peluang meneroka konsep secara lebih lanjut dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti penyiasatan.
Manual panduan guru mengandungi nota ringkas, manual aktiviti murid, arahan pentadbiran aktiviti, nota tambahan dari Internet dan youtube bagi tajuk-tajuk aktiviti yang berkaitan. Guru-guru boleh menggunakan aktiviti kit Safari Sains dalam kelas yang mengintegrasikan aktiviti berasaskan inkuiri untuk murid-murid menguasai konsep sains dan kemahiran saintifik secara mendalam. Guru boleh mengadaptasi contoh aktiviti yang diberi dalam fasa meneroka seperti dalam kitaran pembelajaran 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate). Selepas penggunaan bahan untuk aktiviti, bahan-bahan boleh diletak di sudut sains supaya murid-murid boleh mengulang aktiviti untuk memperkukuh konsep sains yang berkenaan. Bahan bacaan tambahan dari internet dan youtube memudahkan guru mendapat maklumat dengan cepat beserta tajuk yang relevan.
Secara rangkumannya, Kit Safari Sains berupaya memupuk dan menarik minat terhadap konsep sains dan menyemai budaya pembelajaran secara penerokaan. Impaknya, usaha ini mampu memupuk perkembangan individu yang kompetitf dan berdaya tahan serta menguasai ilmu Sains dalam kehidupan mereka.
ARAHAN PENTADBIRAN AKTIVITI
Tempoh masa aktiviti: 1.5 jam (setiap aktiviti 5 - 10 minit)
Duration of activity: 1.5 hours (Each activity 5 – 10 minutes).
8 stesen aktiviti
8 activity stations.
Bahagikan kelas kepada 8 kumpulan (maks – 6 orang sekumpulan)
Divide class into 8 groups (max – 6 persons in a group).
Pilih ketua kumpulan
Choose a group leader.
Setiap kumpulan akan bermula dengan stesen berlainan, stesen berikut akan mengikut urutan nombor stesen
Each group will start from different station, the next station will follow the sequence of the number.
Selepas melakukan setiap aktiviti, pastikan murid mengembalikan bahan aktiviti ke keadaan asal
After carry out each of the activity, make sure that the pupils keep all the activity materials back to their original state.
Jawab soalan dalam manual aktiviti murid selepas lakukan aktiviti
Answer the questions in the student activity manual after completing the activity.
Setiap murid perlu lakukan aktiviti dan boleh berbincang jawapan dalam kumpulan
Each pupil needs to carry out the activity but can discuss answers in groups.
STESEN AKTIVITI