GARIS PANDUAN
GARIS PANDUAN
GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN
FORMAT PERTANDINGAN
1.1. Pempamer dikehendaki menyediakan:
1.1.1.Katalog produk mengikut spesifikasi berikut:
a. Dua (2) muka surat dalam bentuk PDF
b. Ukuran katalog ialah A4 (21 cm x 29.7 cm)
c. Perlu memperincikan produk yang telah dihasilkan (produk sedia ada sahaja)
d. Mengandungi maklumat berikut:
i. Maklumat pempamer seperti nama dan nombor telefon
ii. Maklumat produk, manfaat dan kelebihan
iii. Gambar produk
iv. Pautan video teaser
v. No MyIPO/No ISBN (sekiranya ada)
vi. Lain-lain maklumat yang dirasakan perlu mengikut kreativiti pempamer
vii. Pautan kod QR (penerangan secara lebih terperinci)
1.1.2. Video teaser mengikut spesifikasi berikut:
a. Berdurasi maksimum dua (2) minit.
b. Resolusi minimum sekurang-kurangnya bersaiz HD 720p (1280x720 pixel resolution).
c. Dimuat naik ke aplikasi Youtube.
d. Pastikan tetapan Visibility pada Youtube ditukar ke Unlisted (untuk tujuan pengadilan pihak juri sahaja).
e. Kualiti video dan audio yang kurang jelas akan menjejaskan pemarkahan
f. Hasil karya sendiri dan asli.
g. Belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan di mana-mana platform.
h. Kos penghasilan video ditanggung oleh peserta sendiri.
i. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
j. Pautan video teaser perlu dinyatakan dalam katalog produk.
c.Mengandungi elemen mempromosi dan mengkomersialkan produk.
2. SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan adalah percuma.
Penyertaan terbuka kepada warga pendidik di dalam dan di luar negara sama ada secara individu atau berkumpulan.
Penyertaan berkumpulan dihadkan kepada maksimum lima (5) orang sahaja.
Produk yang dipertandingkan mestilah diterbitkan dalam tempoh 2021 hingga 2024.
Kategori penyertaan terdiri daripada:
(A) Penghasilan Buku
(a) Kategori Guru KPM, atau
(b) Kategori Pensyarah IPG KPM.
(B) Penghasilan Bahan Pengajaran
(a) Kategori Warga KPM, atau
(b) Kategori Gabungan Pensyarah dan Pelajar IPGM KPM atau Pelajar IPGM KPM.
Pempamer hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja
3. KRITERIA PENILAIAN
(A) Katalog (60%)
a. Tema: Produk yang dihasilkan menepati Tema MinD Pamer.
b. Kreativiti: Idea, susun atur huruf dan gambar, pemilihan warna dan pemilihan font.
c. Maklumat produk: Kandungan yang jelas, mudah difahami dan padat.
d. Kelebihan produk: Menyatakan kelebihan produk/impak produk kepada pengguna dan berdaya saing.
e. Mempunyai ayat pencetus: Iklan dalam katalog dimulakan dengan ayat yang mencetus pemikiran.
f. Gambar produk: Memfokuskan bahagian tertentu yang menunjukkan kelebihan produk.
(B) Video Teaser (40%)
a. Persembahan:
Persembahan video yang berfokus kepada tema dan produk.
Persembahan video yang kreatif dan menarik.
Mengandungi elemen mempromosi dan mengkomersialkan produk.
4. KAEDAH PELAKSANAAN
Pempamer dibenarkan untuk mempromosikan produk masing-masing bagi tujuan jualan melalui katalog berkenaan.
Semua penyertaan akan ditapis oleh JK Penjurian bagi melayakkan masuk ke peringkat saringan yang akan dijalankan secara dalam talian pada 15-17 Julai 2024.
36 pasukan (daripada 2 kategori) akan dipilih untuk ke peringkat separuh akhir yang juga akan diadakan secara dalam talian pada 19-21 Ogos 2024.
18 pasukan terbaik (2 kategori) diumumkan melalui tayangan video primer pada 21 Ogos 2024 jam 2.30 petang dan akan dibawa ke pertandingan akhir di Ipoh.
Pemenang Anugerah Terulung Emas, Terulung Perak dan Terulung Gangsa akan diumumkan dalam Majlis Perasmian Penutupan i-MInD pada 25 September 2024 jam 11.00 pagi.
5. PENDAFTARAN PENYERTAAN
Urus setia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat penyertaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi ataupun penyertaan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Karya yang dihasilkan ialah manifestasi kreativiti peserta yang tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama dan tidak menghina pemimpin dan individu.
Daftarkan penyertaan melalui pautan dan kod QR berikut:
(a) Kategori Buku: https://forms.gle/1pcP1RYKjCY7Udc48
b) Kategori Bahan Pengajaran: https://forms.gle/boYsdEmgAMkFrXdbA