TAHNIAH!
3 Kumpulan bagi setiap kategori yang berjaya ke Peringkat Akhir telah diumumkan pada 31 Julai 2024 melalui e-mel dan YouTube IPGKBA.
🖥️ Pautan: https://youtu.be/fpP3MrulVYM
Sijil Penyertaan akan dihantar kepada semua peserta melalui e-mel selepas 25 September 2024.
Tema: Membangunkan Minda MADANI dan Karakter melalui Pendidikan
PENGENALAN
i-MInD HIBUR merupakan acara pertunjukan bakat dalam bentuk Sketsa yang mempunyai elemen seperti lakonan, nyanyian, gurindam dan syair, permainan alat muzik, tarian atau sebarang persembahan seni kreatif. Pertandingan ini terbuka kepada warga pendidik dan pelajar dalam negara. Durasi persembahan adalah selama 7 hingga 10 minit. Sketsa mestilah berdasarkan tema i-MiND 2024 yang mengandungi nilai murni dan pembentukan karakter. Pertandingan ini adalah salah satu platfom untuk memupuk pemikiran inovatif dan bakat seni kreatif warga pendidik dan pelajar.
KONSEP MADANI
MADANI adalah satu usaha memacu dan memulihkan maruah dan kegemilangan Malaysia di arena global berdasarkan enam nilai teras iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
MINDA MADANI
Pemikiran yang berfokus kepada penambahbaikan diri berasaskan nilai-nilai yang baik.
KARAKTER MADANI
Perwatakan yang membangun berasaskan kesedaran yang timbul dalam diri yang positif.
MAKLUMAT UMUM PERTANDINGAN
KATEGORI PENYERTAAN
1. Pelajar IPG
2. Pensyarah dan staf IPG
3. Terbuka:
Pensyarah dan pelajar IPTA/IPTS
Guru dan murid sekolah dalam negara
JENIS PENYERTAAN
Penyertaan adalah secara berkumpulan sahaja (maksimum 10 orang)
YURAN
Tiada
HADIAH UNTUK SETIAP KATEGORI
Hadiah berbentuk wang tunai dan sijil
PERINGKAT PERTANDINGAN
Dilaksanakan sebanyak 3 peringkat:
Saringan (dalam talian melalui YouTube) - 1 - 16 Julai 2024
Separuh Akhir (dalam talian melalui YouTube) - Persembahan yang layak untuk masuk peringkat separuh akhir akan diumumkan pada 19 Julai 2024
Akhir (bersemuka) - Persembahan yang layak untuk masuk peringkat akhir akan diumumkan pada 31 Julai 2024
PENYERTAAN TELAH DITUTUP
SYARAT PENYERTAAN
SYARAT UMUM
Peserta hendaklah terdiri daripada:
pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia
pensyarah dan staf di Institut Pendidikan Guru Malaysia
pensyarah dan pelajar IPTA/IPTS
guru dan murid sekolah dalam negara
Sketsa adalah berdasarkan tema "Membangunkan Minda MADANI dan Karakter melalui Pendidikan".
Sketsa yang dihasilkan merupakan karya asli peserta dan belum dipersembahkan dalam mana-mana pertandingan di dalam dan luar negara.
Mempunyai sekurang-kurangnya satu elemen persembahan hiburan seperti lakonan, nyanyian, gurindam, syair, permainan alat muzik, tarian atau sebarang persembahan seni kreatif.
Penyertaan adalah secara kumpulan dan tidak boleh melebihi 10 orang ahli.
Persembahan sketsa perlu dirakam dalam bentuk video berdurasi antara 7 hingga 10 minit dan dimuatnaik ke YouTube. Pautan YouTube hendaklah dijana dan berada dalam mod aktif serta clickable.
Saiz minima video dan resolusi adalah HD 720p (1280x720 pixel resolution).
Kos penghasilan video ditanggung oleh peserta sendiri.
Sila pastikan tetapan visibility pada YouTube ditukar ke unlisted (untuk tujuan pengadilan pihak juri sahaja).
Tuliskan tajuk sketsa/ video, nama kumpulan, nama ahli kumpulan serta nama IPG / institusi / sekolah di ruangan description.
Penilaian akan dijalankan di platform YouTube bagi peringkat saringan dan separuh akhir. Manakala bagi peringkat akhir, peserta akan mempersembahkan sketsa dihadapan juri secara langsung.
Nota:
Urus setia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat penyertaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi ataupun penyertaan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta yang mengandungi nilai-nilai murni, tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama serta tidak menghina pemimpin dan individu.
Keputusan hakim adalah muktamad.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
Urusetia jppi.ipgkba@ipgm.edu.my
Dr. Munirah binti Hanafi @ Mohd Ghani munirahhanafi@ipgm.edu.my
Dr. Noorazi Bin Rani noorazi.rani@ipgm.edu.my
En. Mohd Azmanuddin bin Azman azmanuddin@ipgm.edu.my
KRITERIA PENILAIAN
A. PERSEMBAHAN
1. INTERPRETASI BERDASARKAN TEMA: Pemahaman dan kejelasan yang sangat baik dalam konsep
MADANI. Keseluruhan persembahan sketsa adalah berdasarkan tema.
2. PLOT DAN JALAN CERITA: Plot dan jalan cerita yang sangat jelas dan sangat menarik dengan
kelainan.
3. KRETIVITI: Persembahan sketsa mengandungi unsur kreatif yang sangat menarik yang mencetus
perasaan teruja dan seronok dalam diri penonton.
4. DAYA TARIKAN KEPADA PENONTON: Penonton merasa seperti sebahagian daripada
pertunjukan, sedar dan terhubung melalui keseluruhan persembahan.
5. PENGUNAAN RUANG: Penggunaan ruang yang sangat baik dengan pergerakan yang amat lancar.
Tidak membelakangi penonton. Peralatan disusun dengan sangat teratur dan sesuai.
6. USAHA, KESUNGGUHAN DAN KERJA BERPASUKAN: Semua peserta menunjukkan komitmen dan
kerjasama yang tinggi antara ahli kumpulan serta memberi tumpuan penuh kepada
persembahan. Amat bersedia untuk menghiburkan! WOW! Sangat menghiburkan dan menyeronokkan!
B. PERALATAN
1. PROPS DAN LATAR BELAKANG: Props dan latar belakang amat sesuai dan berkualiti tinggi serta
menyumbang kepada keseluruhan pemahaman kandungan persembahan.
2. KOSTUM: Kostum sangat sesuai dan menyumbang sepenuhnya kepada estetik sketsa.
3. MUZIK: Pilihan muzik yang sangat baik untuk mengiringi persembahan.
4. EFEK BUNYI: Pilihan efek bunyi yang sangat berkesan untuk mengiringi persembahan.
C. ESTETIK
1. UNSUR DRAMATIK: Persembahan yang sangat berkesan dan penuh emosi mengikut plot dan
jalan cerita.
2. VOKALISASI: Suara yang amat jelas dalam melafazkan dialog serta nyanyian.
3. MUZIK DAN GERAKAN: Muzik dan gerakan yang sangat berkesan mengikut plot dan jalan cerita
serta melodi.
4. EKSPRESI BAHASA BADAN: Ekpresi bahasa badan dan emosi yang amat sesuai selaras dengan
suasana cerita serta mud persembahan.
5. KEASLIAN: Idea yang asli.
Selamat Maju Jaya!
i-MInD HIBUR COMPETITION 2024
CONGRATULATIONS!
3 Teams for each category which qualified for the final round was announced on 31 July 2024 via email and YouTube IPGKBA.
🖥️ Link: https://youtu.be/fpP3MrulVYM
Certificate of Participation will be sent to all participants via email after 25 September 2024.
Theme: Developing MADANI Minds and Character through Education
INTRODUCTION
i-MInD HIBUR is a talent show event in the form of a Sketch with elements such as acting, singing, gurindam, syair, musical instruments, dance or any creative arts performance. The competition is open to educators and students in local education institutions. The duration of the performance is from 7 to 10 minutes long. The sketch must be based on the i-MInD 2024 theme that contains moral values and character building. This competition is one of the platforms to nurture educators’ and learners’ innovative minds and creative artistic talents.
THE CONCEPT OF MADANI
MADANI is an effort to drive and restore Malaysia's dignity and glory in the global arena based on six core values, namely sustainability (kemampanan), prosperity (kesejahteraan), innovation (daya cipta), respect (hormat), trust (keyakinan) and compassion (ihsan).
MADANI MINDS
Thinking which focuses on self-improvement and development based on good values.
MADANI CHARACTER
Characters based on the consciousness that arises in a positive self that relate to the six core values.
GENERAL INFORMATION OF THE COMPETITION
PARTICIPATION CATEGORY
IPG student
IPG lecturers and staff
Open category:
Public/ private institutions of higher learning lecturers and students
Public/ private/ international school teachers and students
TYPES OF PARTICIPATION
Group participation only (maximum 10 people).
FEE
None
PRIZES FOR EACH CATEGORY
Prizes are in the form of cash and certificates
COMPETITION STAGES
The competition is conducted in 3 stages:
Screening (online via YouTube) from 1st to 16th July 2024
Semi-final (online via YouTube) - performances that qualify for the semi-final will be announced on 19th July 2024
Final (face-to-face) - performances that qualify for the final will be announced on 31th July 2024
REGISTRATION IS CLOSED
TERMS OF PARTICIPATION
GENERAL TERMS
Participants should consist of:
students at the Institute of Teacher Education Malaysia
lecturers and staff at the Institute of Teacher Education Malaysia
Public/ private institutions of higher learning lecturers and students
Public/ private/ international school teachers and students
The sketch is based on the theme "Developing MADANI Minds and Character through Education".
The sketch must be participants' original work and is not performed in any competitions locally and abroad.
The sketch should have at least one of the following elements of an entertainment show like acting, singing, gurindam, syair, playing of musical instrument(s), dancing or any other creative art performances.
Participation is in group and members should not exceed 10 people.
The sketch presentation needs to be recorded in the form of a video ranging from 7 to 10 minutes long and uploaded to YouTube. The YouTube link should be generated and be in active clickable mode.
The minimum video size or resolution is 720p HD (1280x720 pixel resolution).
The cost of producing the video is borne by the participants themselves.
Please ensure that the visibility settings on YouTube are changed to unlisted (for judging purposes only).
Write down your title of the sketch/video, group name, all the group members’ name and IPG name/ institution/ school in the description field.
The sketch will be assessed via YouTube platform during the screening and semi-final stages. While for the final stage, participants are required to perform the sketch live in front of the judges.
Note:
The Secretariat reserves the right to refuse entries that violate the terms and conditions of the competition.
The Secretariat shall not be liable for any claim of any kind in relation to the production or participation of any party concerned.
The Secretariat will not be liable for any claims resulting from copyright infringement.
The produced work is a manifestation of the participants' creativity that should contain good values. It should refrain from touching racial, cultural, religious sensitivities, and insulting any individuals.
Judges' decision is final.
FOR ANY ENQUIRIES, PLEASE CONTACT:
Secretariat jppi.ipgkba@ipgm.edu.my
Dr. Munirah binti Hanafi @ Mohd Ghani munirahhanafi@ipgm.edu.my
Dr. Noorazi Bin Rani noorazi.rani@ipgm.edu.my
En. Mohd Azmanuddin bin Azman azmanuddin@ipgm.edu.my
JUDGING CRITERIA
A. PERFORMANCE
1. INTERPRETATION BASED ON THEME: Excellent understanding and clarity in the MADANI concepts.
The entire sketch is based on the theme.
2. PLOT AND STORYLINE: The plot and storyline are very clear and very interesting with twists.
3. CREATIVITY: The sketch performance contains very interesting creative elements that triggers a
feeling of excitement and fun in the audience.
4. AUDIENCE ATTRACTION: The audience feels like a part of the show, aware and connected through
the entire performance.
5. USE OF SPACE: Excellent use of space with very smooth movements. Did not turn back to the
audience. The equipment is arranged in a very orderly and suitable manner.
6. EFFORT, DEDICATION AND TEAMWORK: All participants showed high commitment and
cooperation between group members and fully focused on the performance. Very ready to
entertain! WOW! Very entertaining and fun!
B. MATERIALS
1. PROPS AND BACKGROUND: Props and backgrounds are very suitable and of high quality,
contribute to the overall understanding of the content of the performance.
2. COSTUME: The costumes are very suitable and contribute fully to the aesthetics of the sketch.
3. MUSIC: An excellent choice of music to accompany the performance effectively.
4. SOUND EFFECTS: A selection of very effective sound effects to accompany the performance.
C. AESTHETIC
1. DRAMATIC ELEMENTS: A performance that is full of emotions and expressions based on the plot
and storyline.
2. VOCALISATION: The voice in reciting the dialogue and singing is very clear.
3. MUSIC AND MOVEMENT: The music and movements are based on the plot, storyline and melody.
4. EXPRESSIONS IN BODY LANGUAGE: Expressions in the body language are very clear. The
emotions are very appropriate and real according to the mood of the story or performance.
5. ORIGINALITY: The idea is original.
All the Best!