Selamat datang Objek Pembelajaran Digital Kumpulan PDPP Opsyen Bahasa Melayu (Kumpulan BMMB2), Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar
Muhaimi bin Suhaili
Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Program: PDPP
Tahun: -
Semester: II
Nama Kursus: Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Kod Kursus: BMMB2082M
Klasifikasi Kursus: Teras
Sinopsis :
Kursus ini berfokus kepada pengertian dan konsep pentaksiran, taksonomi dan domain serta penilaian bahasa dan pembinaan ujian. Selain itu, kursus ini memfokuskan kaedah penilaian dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kursus ini juga memperincikan elemen, aktiviti, bahan dan aspek yang diuji.
HPK1: Menghuraikan pengertian dan konsep pentaksiran, taksonomi domain serta jenis penilaian bahasa. (C2, HPP1)
HPK2: Mensintesis proses pembinaan ujian serta kaedah penilaian kemahiran mendengar menggunakan elemen, aktiviti, bahan dan aspek penilaian yang sesuai. (C5, HPP2, HPP7, KKG3, KMN4)
HPK3: Menganalisis kaedah dan aspek penilaian kemahiran membaca, bertutur dan menulis. (C4, HPP2, KKG2)