TUGASAN INTERAKSI FIZIKAL
TUGASAN 4
Secara berkumpulan, anda dikehendaki untuk:
Membina instrumen pentaksiran berdasarkan SK dan SP di bawah ini.
CATATAN: Sila rujuk SK dan SP di bawah in dan pautan yang diberikan.
TINGKATAN 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.4 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun
TINGKATAN 1: Kemahiran Membaca
2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
TINGKATAN 4: Kemahiran Menulis
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.
3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakanbahasa yang gramatis.
TINGKATAN 4: Aspek Seni Berbahasa
4.4 Mempersembahkan pelbagai prosa dan
puisi secara kreatif.
4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif.
TINGKATAN 5: Aspek Tatabahasa
5.3 Memahami dan menggunakan ayatyang sesuai dalam pelbagai bidang
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.