TUGASAN INTERAKSI FIZIKAL
TUGASAN INTERAKSI FIZIKAL
TUGASAN 3
Secara berkumpulan, anda dikehendaki untuk:
(a) Menghasilkan nota dalam bentuk infografik bagi tajuk 7, 8 dan 9.
(b) Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran mikro secara fizikal berdasarkan agihan di bawah:
Kumpulan 1: KSSM Tingkatan 1 (Kemahiran Mendengar & Bertutur)
Kumpulan 2: KSSM Tingkatan 1 (Kemahiran Membaca)
Kumpulan 3: KSSM Tingkatan 4 (Kemahiran Menulis)
Kumpulan 4: KSSM Tingkatan 4 (Aspek Seni Berbahasa)
Kumpulan 5: KSSM Tingkatan 5 (Aspek Tatabahasa)
CATATAN: Sila rujuk SK dan SP di bawah ini.
TINGKATAN 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.4 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1 Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara santun.
Elemen Merentas Kurikulum: Nilai , kemahiran berfikir & Patriotisme
Aplikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pembelajaran Kontruktivisme & Belajar Cara Belajar (BCB)
TINGKATAN 1: Kemahiran Membaca
2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
Elemen Merentas Kurikulum: Nilai , kemahiran berfikir & Kreativiti dan Inovasi
Aplikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pembelajaran Kontekstual & Kajian Masa Depan
TINGKATAN 4: Kemahiran Menulis
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.
3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan
bahasa yang gramatis.
Elemen Merentas Kurikulum: Nilai , kemahiran berfikir & Kelestarian Global
Aplikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pembelajaran Luar Bilik Darjah & Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
TINGKATAN 4: Aspek Seni Berbahasa
4.4 Mempersembahkan pelbagai prosa dan
puisi secara kreatif.
4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif.
Elemen Merentas Kurikulum: Nilai , kemahiran berfikir & Keusahawanan/Pendidikan Kewangan
Aplikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pembelajaran Masteri & Didik Hibur
TINGKATAN 5: Aspek Tatabahasa
5.3 Memahami dan menggunakan ayatyang sesuai dalam pelbagai bidang
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
Elemen Merentas Kurikulum: Nilai , kemahiran berfikir & Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Aplikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran: Pembelajaran Berasaskan Projek & Penyelesaian Masalah