1. LATAR BELAKANG
Modul literasi Bahasa Melayu dibangunkan untuk meningkatkan kompentensi pelajar IPGM dalam pengajaran literasi bagi membantu pihak sekolah murid dalam menangani kesenjangan literasi murid arus perdana (AP) dan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) berkefungsian tinggi .
2. KERANGKA
Modul literasi membaca dan menulis ini memberikan penekanan dalam pengajaran terhadap lima aspek utama, iaitu:
2.1 mengenal huruf,
2.2 membunyikan huruf,
2.3 membunyikan suku kata,
2.4 membaca perkataan, ayat dan petikan,
2.5 menulis huruf, suku kata, perkataan, ayat dan petikan.
3. RASIONAL
Sebagai salah satu usaha yang berterusan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani kesenjangan literasi bagi murid AP dan MBK supaya dapat meningkatkan keupayaan mengenal, membaca dan menulis huruf, suku kata, perkataan, ayat dan petikan.
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kompetensi pelajar IPGM agar berupaya mengajar murid AP dan MBK yang mempunyai masalah literasi untuk membaca huruf, suku kata, perkataan, ayat dan petikan.
4.2 Meningkatkan kompetensi pelajar IPGM agar berupaya mengajar murid AP dan MBK yang mempunyai masalah literasi untuk menulis huruf, suku kata, perkataan, ayat dan petikan.
5. SASARAN
5.1 Pelajar IPGM opsyen dan bukan opsyen.
5.2 Murid-murid AP dan MBK tahun 1, 2 dan 3 yang masih belum boleh membaca dan menulis dengan baik dalam bahasa Melayu.