MODUL SOKONGAN
PROGRAM BANTU BACA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM BANTU BACA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Modul Sokongan Program Bantu Baca (MSPBB) merupakan inisiatif penting oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang direka khas untuk memberikan panduan kepada Guru Pelatih IPG bagi sama-sama membantu pihak sekolah mengurangkan tahap literasi murid terutamanya murid-murid tahap satu (Tahun 1, 2, dan 3) yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca.
Tujuan utama MSPBB adalah untuk memberi panduan pelaksanaan intervensi awal yang tersusun dan berfokus kepada murid-murid yang berada dalam kelas pemulihan, terutamanya murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu.
Modul ini tidak berfungsi sebagai kurikulum baharu, tetapi sebagai bahan sokongan kepada para guru pelatih terutamanya mereka yang bukan opsyen Bahasa Melayu. Ia digunakan secara fleksibel oleh guru pelatih di luar waktu kelas mereka namun masih dalam masa persekolahan murid. Melalui modul ini, guru diberi pilihan menggunakan pelbagai teknik dan aktiviti yang lebih interaktif dan menyeronokkan untuk membantu murid menguasai kemahiran fonetik, mengenal suku kata, dan membina perkataan.
Secara ringkasnya, MSPBB adalah alat sokongan pedagogi yang penting untuk memastikan guru-guru pelatih mendapat panduan dalam usaha membantu pihak sekolah mengurangkan tahap literasi seterusnya tiada murid yang ketinggalan dalam kemahiran membaca, selaras dengan matlamat KPM untuk melahirkan murid yang celik huruf dan fasih membaca sejak di peringkat awal persekolahan.