SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Pembentangan kertas penyelidikan merupakan salah satu acara dalam PedaTED Zon Tengah 2025. Pembentangan ini dijalankan secara dalam talian (online) pada 23 hingga 24 Julai 2025.
‘Pendidikan Digital Pemangkin Generasi Madani’
Pendidikan Digital
Pembangunan Karakter
Pentaksiran dalam pendidikan
Pendidikan Bersepadu
Pedagogi dan Kurikulum
Pendidikan Guru
Pendidikan Silang Budaya
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Peserta dikehendaki menghantar extended abstract sebelum atau pada 20 Jun 2025 (Jumaat) mengikut Tatacara Penulisan Extended Abstract yang ditetapkan.
Sila rujuk tatacara di pautan https://l1nk.dev/BhlBr.
Hanya Extended Abstract dari kertas penyelidikan empirikal (kuantitatif/ kualitatif/ kajian tindakan) diterima.
Extended Abstract yang dihantar akan melalui proses penilaian oleh jawatankuasa yang dilantik untuk memilih Extended Abstract yang layak menyertai PedaTEd 2025 Zon Tengah.
Extended Abstract yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel kepada nama pertama dalam borang pendaftaran selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025 (Isnin).
Pembentangan kertas penyelidikan yang terpilih akan dijalankan secara dalam talian pada 23- 24 Julai 2025.
Maklumat lanjut 👇
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU ZON TENGAH TAHUN 2025 (PedaTEd 2025)