PERTANDINGAN POSTER DIGITAL
PERTANDINGAN POSTER DIGITAL
Maklumat Lanjut 👇
Persidangan Kebangsaan Pedagogi Dan Pendidikan Guru (PedaTEd) adalah sebuah persidangan berkaitan bidang pendidikan guru yang dianjurkan secara kolaboratif antara IPG kampus mengikut zon bermula pada tahun 2024. PedaTEd merupakan satu platform yang menghimpunkan para pendidik dan cendiakawan untuk berkongsi maklumat serta pendapat melalui dapatan yang diperolehi dari penyelidikan dan penghasilan inovasi.
PedaTEd Zon Tengah terdiri daripada 5 kampus iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) sebagai penganjur utama, diikuti dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh(IPGKI) sebagai penganjur bersama.
Pelbagai acara telah disusun sepanjang penganjuran PedaTEd seperti:
Ucaptama | Pertandingan Poster Digital | Seminar Penyelidikan Pendidikan | Pertandingan Inovasi
Pendidikan Digital Pemangkin Generasi Madani
Pendidikan Digital
Pembangunan Karakter
Pentaksiran dalam pendidikan
Pendidikan Bersepadu
Pedagogi dan Kurikulum
Pendidikan Guru
Pendidikan Silang Budaya
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Pertandingan Poster Digital
Pertandingan Poster Digital merupakan acara pameran secara digital bahan buku, bahan pengajaran / inovasi dan penyelidikan dipersembahkan dalam bentuk poster.
Tujuan Pertandingan Poster Digital adalah untuk mengkomersial, mempromosi, memasyhurkan serta menyebarluas buku, bahan pengajaran / inovasi atau penyelidikan yang dihasilkan oleh warga pendidik.
Syarat Penyertaan
Terbuka kepada semua warga IPG Zon Tengah, IPTA, IPTS, guru serta pelajar sekolah.
Setiap institusi atau sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan yang tidak lebih daripada 3 orang ahli.
Poster perlu bertemakan "Pendidikan Digital Pemangkin Generasi Madani" atau mengikuti salah satu sub-tema di atas.
Penyertaan adalah percuma.
Kategori
Kategori A - Pensyarah/Pelajar IPG
Kategori B - Terbuka (Warga KPM/ Pensyarah Universiti, Pelajar Siswazah)
Kategori C - Guru / Pelajar Sekolah
Spesifikasi Poster
Poster yang dihasilkan hendaklah dalam bentuk digital sahaja.
Poster yang dihasilkan mempamerkan tentang satu daripada berikut:
a. penghasilan buku,
b. penghasilan bahan mengajar / inovasi, atau
c. penghasilan penyelidikan.
Buku, bahan pengajaran / inovasi atau penyelidikan yang dipertandingkan mestilah diterbitkan dalam tempoh 2022 hingga 2025 sahaja.
Poster yang dihasilkan merupakan karya asli peserta dan belum dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan poster di dalam atau luar negara.
Setiap penyertaan perlu menyertakan poster dalam bentuk soft copy dalam format .pdf dan imej JPEG atau PNG sahaja.
Setiap poster perlu berukuran kertas A1: 23.4 x 33.1 inci dan tidak melebihi 10MB.
Sertakan juga video teaser pendek tidak melebihi 1 minit yang menerangkan tentang poster yang dihasilkan.
Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
Pendaftaran dan Penghantar Poster
Isi maklumat penyertaan dalam Google Form yang disediakan di pautan https://forms.gle/TLP5iF8NjN1p56f66
atau
imbas kod QR berikut:
Kriteria Penjurian
Keseluruhan poster digital akan dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti berikut:
(A) Poster (80%)
a. Tema - Poster dihasilkan mengikut tema yang telah ditetapkan.
b. Kreativiti - Poster memiliki ciri-ciri kreatif dan menarik dari segi paparan dan rekabentuk. Menggunakan unsur digital yang sesuai dan terkini. Mempunyai ayat pencetus pemikiran. Penggunaan imej yang menunjukkan kelebihan buku, inovasi atau penyelidikan.
c. Maklumat - Poster yang dihasilkan memiliki idea yang asli dan unik serta kandungan yang jelas, mudah difahami dan padat.
d. Kelebihan - Menyatakan kelebihan/impak buku, inovasi atau penyelidikan kepada pengguna dan berdaya saing.
(B) Video Teaser (20%)
Keseluruhan poster digital akan dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti berikut:
(A) Poster (80%)
a. Tema - Poster dihasilkan mengikut tema yang telah ditetapkan.
b. Kreativiti - Poster memiliki ciri-ciri kreatif dan menarik dari segi paparan dan rekabentuk. Menggunakan unsur digital yang sesuai dan terkini. Mempunyai ayat pencetus pemikiran. Penggunaan imej yang menunjukkan kelebihan buku, inovasi atau penyelidikan.
c. Maklumat - Poster yang dihasilkan memiliki idea yang asli dan unik serta kandungan yang jelas, mudah difahami dan padat.
d. Kelebihan - Menyatakan kelebihan/impak buku, inovasi atau penyelidikan kepada pengguna dan berdaya saing.
(B) Video Teaser (20%)
Persembahan - Persembahan video yang berfokus kepada tema dan buku, inovasi atau penyelidikan. Menggunakan teknik persembahan video yang kreatif dan menarik. Mengandungi elemen mempromosi dan mengkomersialan buku, inovasi atau penyelidikan.
Keputusan juri adalah muktamad.
Tarikh-tarikh Penting
20 Mac 2025 - Pendaftaran menyertai pertandingan dibuka.
30 Jun 2025 - Tarikh tutup penerimaan poster.
13 - 19 Julai 2025 - Penjurian pertandingan poster.
23 - 24 Julai 2025 - Hari kemuncak PedaTEd 2025.
Muat turun di pautan ini : TEMPLATE POSTER DIGITAL
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
Urus setia berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat penyertaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan karya ataupun penyertaan oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Urus setia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
Poster yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta yang mengandungi nilai-nilai murni, tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya, agama serta tidak menghina pemimpin dan individu.
Urus setia
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila e-mel ke ipgm-3864@moe-dl.edu.my