Pertandingan dan pameran bahan-bahan PdP BM dan Kesusateraan Melayu Komunikatif (KMK) oleh guru-guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu (KM).
SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua guru-guru bahasa Melayu (BM) dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK)
Maksimum keahlian untuk setiap penyertaan ialah 3 orang.
Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi design. (Contoh: Canva/Picsart/Photoshop/Powerpoint/Keynote)
Karya mestilah asli.
Tarikh tutup penyertaan pada 20 Mei 2021.
Tarikh tutup penghantaran poster pada 9 Julai 2021.
Penjurian poster akan dilakukan pada 12 hingga 16 Julai 2021.
Keputusan juri adalah muktamad.
FORMAT PENYERTAAN
Spesifikasi Poster Digital adalah seperti yang berikut:
Terhad kepada dua (2) muka surat
Ukuran poster setiap muka surat: A4: 21 cm x 29.7 cm
Reka bentuk grafik poster adalah mengikut kreativiti masing-masing
Poster disimpan dalam fail jenis PDF maksimum 10MB
Kandungan/pengisian poster WAJIB mengandungi secara ringkas dan padat perkara-perkara yang berikut:
Tajuk
Pengenalan/Latar Belakang
Manfaat
Kelebihan
Foto-foto atau lakaran yang berkaitan
Jadual dan rajah yang berkaitan
Poster Digital perlu dihantar kepada urus setia pada pautan https://bit.ly/2QVo6QB sebelum atau pada 9 Julai 2021.
Semua Poster Digital yang terpilih akan dimuat naik dalam petak pameran secara maya sepanjang konvensyen berlangsung.
Semua pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU.
Sijil penghargaan akan diberikan kepada semua peserta.
Bagi tujuan petak pameran digital, banner bersaiz 10 cm x 30 cm (tinggi x lebar), maksimum saiz 500kb dan format png/jpg perlu dihantar bersama-sama poster yang mengandungi nama kumpulan dan tajuk serta kandungan lain yang bersesuaian.