KONVENSYEN BAHASA MELAYU (KONBAYU) 2021
LATAR BELAKANG
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah merancang untuk melaksanakan Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021 secara dalam talian sebagai medium yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, khususnya dalam pemartabatan pendidikan bahasa Melayu. Melalui KONBAYU 2021, golongan pendidik dan wakil dari pelbagai agensi dapat berkumpul untuk berkongsi dan menyebar luas maklumat berdasarkan dapatan penyelidikan, inovasi, diskusi ilmiah, pameran dan poster yang dipertandingkan di bawah Inisiatif #108.
Penganjuran KONBAYU 2021 diharap dapat menyemarakkan dan menggalakkan budaya penyelidikan dan rekayasa penemuan (inovasi) tentang bahasa, budaya dan sastera Melayu kepada khalayak pendidik dan warga KPM. Ia juga merupakan satu pentas perkongsian ilmu dan perbincangan ahli akademik, pakar pedagogi, pakar bahasa, serta para pendidik untuk berkongsi idea, pandangan dan pendapat. Seterusnya untuk menarik minat ahli akademik dan masyarakat ke arah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu selari dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke-21.
Menyediakan satu landasan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam PdP Bahasa Melayu (BM).
Menghimpunkan pelbagai aktiviti Inisiatif #108 untuk pendidikan BM.
Membentuk jaringan dan jalinan dalam kalangan warga KPM dan institusi luar.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Bersama Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu
27 - 29 Julai 2021
TEMPAT
Secara dalam Talian
ACARA KONBAYU 2021
1. Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah
Subtema:
Perkembangan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Pedagogi Bahasa Melayu
Pedagogi Kesusasteraan Melayu
Kebudayaan Kebangsaan
Sastera Kontemporari dalam Pendidikan
Inovasi Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan Bahasa dan Sastera
Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Sastera
2. Pertandingan dan Pameran Poster Digital
Pertandingan dan pameran bahan-bahan PdP BM dan Kesusateraan Melayu Komunikatif (KMK) oleh guru-guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu (KM)
3. Pertandingan dan Pameran Inovasi
Pertandingan dan pameran pelbagai bahan inovasi pendidikan Bahasa Melayu, KMK dan yang berkaitan dengan PdP BM di bilik darjah
Berbentuk video pendek
4. Pembentangan Kajian Tindakan BM dan KMK
5. Pesembahan Apresiasi Seni
Apresiasi KMK
Persembahan puisi moden dan tradisional
Laman sesawang KONBAYU 2021 telah dibangunkan bagi memuat naik acara.
Pautan: http://ipgkbm.edu.my/konbayu
Penerangan ringkas acara-acara tersebut adalah seperti berikut:
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu akan diadakan sepenuhnya dalam talian melalui aplikasi ZOOM dan penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk guru-guru dalam perkhidmatan, pensyarah/ pelajar IPGK, Pensyarah dan pelajar IPTA/ IPTS. Semua penyertaan perlu mengikut subtema yang telah ditetapkan. Semua penyertaan yang terpilih perlu merakam pembentangan dan menghantar sebelum atau pada 9 Julai 2021 untuk dinilai oleh juri sebelum konvensyen berlangsung. Tempoh rakaman pembentangan adalah 10 minit. Rakaman yang lewat diterima tidak dipertandingkan untuk kategori pembentangan terbaik. Semua pembentangan perlu berada di bilik pembentangan untuk sesi Q&A mengikut jadual yang ditetapkan ketika konvensyen berlangsung. Semua kertas kajian akan dinilai untuk menentukan 3 pemenang kertas kajian terbaik. 3 pembentang terbaik akan dipilih sewaktu sesi pembentangan. Semua pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU. Semua kertas kajian akan diterbitkan dalam e- prosiding seminar.
Maklumat lanjut berkaitan dengan garis panduan dan syarat penyertaan boleh dimuat naik melalui pautan:
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/konbayu/maklumat/kertas-kerja-ilmiah
Pertandingan dan pameran POSTER merupakan acara pameran secara maya yang dibuka penyertaan kepada Guru-guru BM dan KMK
Semua pempamer dikehendaki menyediakan poster digital. Poster digital hendaklah menerangkan secara terperinci tentang produk yang dihasilkan, manfaat dan kelebihan. Pempamer perlu menghantar katalog produk sebelum atau pada 9 Julai 2021 untuk dinilai oleh juri sebelum konvensyen berlangsung. Semua poster digital yang terpilih akan dimuat naik dalam petak pameran secara maya sepanjang konvensyen berlangsung. Pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU.
Maklumat lanjut berkaitan dengan garis panduan dan syarat penyertaan boleh dimuat naik melalui pautan:
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/konbayu/maklumat/poster
Pertandingan dan pameran INOVASI terbuka kepada dua jenis penyertaan iaitu pasukan pensyarah IPG dan pasukan gabungan pensyarah dan pelajar IPG. Terdapat dua jenis pertandingan inovasi iaitu berbentuk projek (video) dan prototaip (poster). Semua penyertaan yang terpilih perlu menghantar kertas laporan, video dan poster sebelum atau pada 9 Julai 2021 untuk dinilai oleh juri sebelum konvensyen berlangsung. Semua pertandingan layak menyertai pameran secara maya sepanjang konvensyen berlangsung. Pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU. Semua penyertaan akan dibukukan dan diterbitkan dalam Koleksi Inovasi IPKBM.
Maklumat lanjut berkaitan dengan garis panduan dan syarat penyertaan boleh dimuat naik melalui pautan:
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/konbayu/maklumat/inovasi
Kolokium KAJIAN TINDAKAN terbuka kepada semua guru-guru Bahasa Melayu dan KMA. Semua penyertaan yang terpilih perlu merakam pembentangan dan menghantar sebelum atau pada 9 Julai 2021 untuk dinilai oleh juri sebelum konvensyen berlangsung. Tempoh rakaman pembentangan adalah 10 minit. Rakaman yang lewat diterima tidak dipertandingkan untuk kategori pembentangan terbaik.. Semua pembentangan perlu berada di bilik pembentangan untuk sesi Q&A mengikut jadual yang ditetapkan ketika kolokium berlangsung. Semua kertas kajian tindakan akan dinilai untuk menentukan 3 pemenang kertas kajian tindakan terbaik. 3 pembentang terbaik akan dipilih sewaktu sesi pembentangan. Semua pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU.
Semua kertas kajian tindakan akan diterbitkan dalam e-prosiding kertas kajian tindakan.
Maklumat lanjut berkaitan dengan garis panduan dan syarat penyertaan boleh dimuat naik melalui pautan:
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/konbayu/maklumat/kajian-tindakan-bm-dan-kmk
TARIKH - TARIKH PENTING
Laman Sesawang KONBAYU 2021 diaktifkan: 1 April 2021
Tarikh tutup penyertaan: 20 Mei 2021
Pengesahan penerimaan penyertaan: 21 Mei hingga 1 Jun 2021
Penghantaran video/ poster/ kertas laporan penuh/ rakaman pembentangan: 1 hingga 9 Julai 2021
Sesi perjurian inovasi/ pameran/ kertas kajian: 12 hingga 16 Julai 2021
Pembentangan selari dan pameran dalam talian: 27 hingga 28 Julai 2021
Pengumuman pemenang: 29 Julai 2021
Dr. Mohd Haidi bin Mohd Kasran
Dr. Roslina binti Suratnu
Dr. Shapiza binti Sharif
Pn. Latifah binti Mohd Nor
E-mel: konbayu@ipgkbm.edu.my
Maklumat lanjut berkaitan KONBAYU 2021 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk makluman warga IPG.