SYARAT & FORMAT Penyertaan
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ILMIAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ILMIAH
SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk guru-guru dalam perkhidmatan, pensyarah/ pelajar IPGK, Pensyarah dan pelajar IPTA/ IPTS.
Semua peserta perlu mengikut subtema yang telah ditetapkan.
Penulisan kajian hendaklah merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan jurnal, prosiding dan seumpamanya di dalam negara mahupun luar negara.
Kertas kajian hendaklah dihantar dalam bentuk salinan soft copy dalam format Microsoft Word dan ditulis dalam Bahasa Melayu.
Semua kertas kajian akan diterbitkan dalam e-prosiding kertas seminar Pendidikan Bahasa Melayu.
Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran abstrak pada 20 Mei 2021.
Tarikh tutup penghantaran kertas laporan penuh dan rakaman pembentangan pada 9 Julai 2021.
Penjurian kertas kajian dan pembentang terbaik akan dilakukan pada 12 hingga 16 Julai 2021.
Semua kertas kajian layak dinilai untuk menentukan 3 kertas kajian terbaik.
Semua pembentang kertas kajian layak dinilai untuk menentukan 3 pembentangan terbaik.
Keputusan juri adalah muktamad.
FORMAT PENYERTAAN
Semua pembentang yang terpilih perlu merakamkan pembentangan dalam tempoh 10 minit.
Rakaman yang lewat diterima tidak dipertandingkan untuk kategori pembentangan terbaik.
Semua pembentangan perlu berada di bilik pembentangan untuk sesi Q&A mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bahan/pautan rakaman perlu dihantar kepada urus setia pada pautan https://bit.ly/39A5ZGh sebelum atau pada 9 Julai 2021.
Semua pemenang akan diumumkan pada majlis penutupan KONBAYU.
Sijil penghargaan akan diberikan kepada semua peserta.