SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada 2 kategori penyertaan.
Pensyarah/Pegawai Pengurusan/Kakitangan/Guru
Gabungan (Pensyarah dan pelajar)
Bilangan maksimum penyertaan adalah 5 orang untuk satu pasukan.
Penyertaan berbentuk video perlu mengemukakan satu (1) kertas laporan yang menerangkan projek inovasi mengikut format yang ditetapkan oleh urus setia dan membuat rakaman berdurasi 10 minit.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Mei 2021.
Tarikh tutup penghantaran kertas laporan dan video ialah pada 9 Julai 2021.
Perjurian video akan dilaksanakan pada 12 hingga 16 Julai 2021.
Semasa proses penjurian, peserta perlu berada dalam talian untuk menjawab soalan pihak juri.
Keputusan juri adalah muktamad.
FORMAT PENYERTAAN VIDEO
Setiap penyertaan WAJIB mengemukakan satu (1) kertas laporan yang menerangkan projek inovasi mengikut format yang ditetapkan oleh urus setia dan membuat rakaman berdurasi 10 minit.
Video perlu dimuat naik terlebih dahulu dalam YouTube.
Projek yang pernah dipertandingkan sebelum ini masih boleh menyertai pertandingan dengan syarat bukti penambahbaikan disertakan.
Kertas laporan dan video hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Spesifikasi kertas laporan/video adalah seperti yang berikut:
Kandungan video WAJIB mengandungi secara ringkas dan padat perkara-perkara yang berikut:
Tajuk Projek Inovasi
Pengenalan/Latar Belakang
Rasional
Strategi Penyelesaian
Penggunaan
Impak
Perluasan/Komersial
Foto-foto projek atau lakaran yang berkaitan
Jadual dan rajah yang berkaitan
Biodata ahli pasukan dan foto
Pautan YouTube perlu dihantar kepada urus setia melalui pautan https://bit.ly/3sIXlgt sebelum atau pada 9 Julai 2021.
Semua video yang terpilih akan dimuat naik dalam tapak pameran secara maya sepanjang konvensyen berlangsung.
Individu yang dilantik sebagai juri pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
Semua pemenang akan diumumkan pada majlis penutup KONBAYU.
Sijil penghargaan akan diberikan kepada semua peserta.
Bagi tujuan petak pameran digital, banner bersaiz 10 cm x 30 cm (tinggi x lebar), maksimum saiz 500kb dan format png/jpg perlu dihantar bersama-sama kertas laporan dan pautan YouTube yang mengandungi nama kumpulan dan tajuk serta kandungan lain yang bersesuaian.