Pilihanraya KPKA 2022/2023

Sesi Simulasi & Ujilari

Sabtu, 10 September 2022

bermula jam 11:00 pagi~ 12.:00 tgh

Link Simulasi: https://forms.gle/7rxzG1EQYHLJa6Pr9


HARI MENGUNDI

Khamis, 15 September 2022

.... jadual akan disertakan sedikit masa lagi...

..dijangka akan bermula seawal jam 9.30 pagi mengikut kelas di Bilik Akses dan Bilik Chrome.


CALON LELAKI

AIRIEL FARIZ BIN MUSA

Kelas: 4 Ibnu Sina

Ranking PPT: 10/118

Motto: EVERYTHING YOU DO NOW IS FOR YOUR FUTURE

Manifesto:

  1. Menaik taraf kemudahan pelajar seperti menambah bilangan komputer di dalam kafe siber.

  2. Menyediakan peti aduan atau cadangan bagi pelajar untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

  3. Mengadakan pertandingan e-sukan atau lain-lain atas talian dalam peringkat sekolah sebagai sebuah platform bagi mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang digital.

  4. Menyediakan rak menyimpan beg atau lain-lain barang di dalam setiap dorm.

MUHAMMAD ZIQRI ANAS BIN AHMAD MUZAMIR

Kelas: 4 Ibnu Sina

Ranking PPT: 11/118

Motto: Be The Change You Wish to See

Manifesto:

  1. Saya akan menjadi pengantaraan antara pelajar dan pihak pengurusan SBPI Kuantan supaya pendapat dan masalah pelajar dapat diajukan.

  2. Saya akan sentiasa berintergriti dalam menjalankan tugas saya dan akan menerima sebarang teguran daripada guru dan pelajar bagi mengatasi kelemahan saya. Saya juga akan menjadi contoh yang baik kepada para pelajar SBPI Kuantan.

  3. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk membenarkan penggunaan mp3/mp4 oleh pelajar ketika berada di kelas pada waktu prep.

  4. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah dan asrama untuk melakukan penambahbaikan kepada kemudahan di sekolah dan di asrama. Contoh : membaiki kunci pada pintu tandas, membaiki kipas di kamar pelajar.

  5. Saya akan merapatkan perpaduan dan hubungan di antara warga SBPI Kuantan dengan mengadakan pelbagai program yang melibatkan semua guru, staf dan pelajar.

  6. Saya dan barisan kepimpinan pengawas akan berbincang untuk membuka peti aduan pelajar terhadap barisan kepimpinan pengawas supaya barisan pengawas dapat memperbaiki dan menambah baik cara menjalankan tugas

  7. Saya akan memastikan semua pelajar SBPI Kuantan mengambil bahagian dalam sukan SBP pada waktu riadah petang.

  8. Saya akan memastikan semua pelajar SBPI Kuantan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa kompromi.

  9. Saya dan barisan kepimipinan pengawas akan berusaha untuk mengurangkan peratus salah laku palajar SBPI Kuantan

  10. Saya akan meningkatkan kesedaran pelajar SBPI Kuantan dalam meningkatkan amalan baik di dalam SSDM

MUHAMMAD HANIFA BIN KHAFIZAN

Kelas: 4 Ibnu Sina

Ranking PPT: 15/118

Motto: MAWADDAH SAKINAH WARAHMAH

Manifesto:

  1. Mewujudkan “sistem barter”.

  2. Mencadangkan kepada para pentadbir untuk memperbaiki mesin dispanser yang rosak.

  3. Mempertingkatkan kualiti aktiviti rohani seraya memperkukuhkan ukhwah antara guru dan murid.

AHMAD HAZIM BIN AMIRUDIN

Kelas: 4 Ibnu Khaldun

Ranking PPT: 25/118

Motto: STOP DREAMING , START DOING

Manifesto:

  1. Saya akan berusaha membantu pelajar dalam membawa permasalahan atau isu mereka kepada pentadbir.

  2. Saya akan menyediakan “blessing box” yang disediakan makanan dan minuman di dalamnya untuk disedekahkan kepada pelajar yang kekurangan duit.

  3. Saya akan mencadangkan kepada pentadbir supaya menambahbaik gym untuk memudahkan pelajar yang ingin “workout”.

  4. Saya akan mengamalkan “leadership grounding” untuk para pengawas mengadakan perjumpaan selepas setiap kali rollcall untuk menegur dan menambahbaik organisasi pengawas.

  5. Saya akan mencadangkan juga kepada pentadbir agar mengadakan gotong royong di kawasan sekolah pada setiap akhir bulan. Ini dapat meringankan beban pekerja pembersihan serta dapat menjaga kebersihan dan imej sekolah.

  6. Saya akan memastikan disiplin pelajar meningkat dengan mengingati mereka supaya mematuhi peraturan sekolah.

MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN MUHAMMAD SUKRI

Kelas: 4 Ibnu Khaldun

Ranking PPT: 51/118

Motto: We Are All In This Together

Manifesto:

  1. Sentiasa mendengar segala permasalahan pelajar dan akan terus menyuarakan suara pelajar kepada guru

  2. Saya sendiri akan kerap “turun padang” melihat segala masalah yang diadukan oleh pelajar

  3. Saya akan sentiasa amanah dan komited dalam menjalankan tugas dan akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri saya dalam menjalankan tugas

  4. Saya akan berbincang dengan barisan pentadbiran sekolah untuk membenarkan pembawaan walkman atau mp3 ke sekolah ketika sesi prep atau hari cuti

  5. Saya akan sentiasa mendengar dan bertanya tentang pendapat para pelajar mengenai pengurusan pengawas dalam menjalankan tugas mereka.

  6. Saya akan berbincang dengan barisan pengawas pusat sumber sekolah untuk membuka pusat sumber sekolah semasa waktu prep malam.

  7. Mengadakan gotong royong di blok sekolah secara berkala bagi memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga.

  8. Mencadangkan kepada barisan pentadbir sekolah untuk menambahbaik waktu makan malam para pelajar bagi mengelakkkan kesesakan di Dewan Makan

  9. Berbincang dengan barisan pentadbir sekolah untuk TIDAK lagi meletakkan pengawas menjaga kelas ketika sesi prep malam untuk memberi peluang kepada pengawas menelaah pelajaran di dalam kelas masing masing dan perkara ini dapat memudahkan pengawas berbincang mengenai pelajarannya bersama rakan rakannya. Tugas menjaga kelas ketika sesi prep malam boleh diberikan kepada ketua kelas masing masing

AKMAL RAHIMI BIN ABDUL RAHIM

Kelas: 4 Ibnu Khaldun

Ranking PPT: 90/118

Motto: TOGETHER WE ARE THE BEST

Manifesto:

  1. membenarkan penggunaan mp3 di kelas sewaktu prep dan pada hari cuti

  2. mengenalkan kaedah bayaran cashless

  3. menghidupkan dan memeriahkan kembali sukan yang kurang aktif seperti badminton,bola sepak dan memanah

  4. membanteras isu buli

  5. menambah baik kantin agar mudah untuk semua pelajar membeli dalam masa yang singkat

  6. membaiki sistem saliran di sekolah

  7. mengadakan program sahsiah dimana setiap bulan akan ada pelajar yang mendapat hadiah kerana menjaga sahsiah

  8. melatihan sifat keusahawanan di kalangan pelajar dengan mengadakan aktiviti jualan bulanan

  9. menggalakkan gaya hidup sihat

  10. menjadi pengantara diantara pelajar dan guru yang amanah

CALON PEREMPUAN

MIA MARSYA BINTI MOHD MASYUMI

Kelas: 4 Ibnu Sina

Ranking PPT: 32/118

Motto: Streghthen Our Unity, Tingkatkan Konsentrasi.

Manifesto:

  1. Saya akan mewujudkan sudut Lost and Found di sekolah dan asrama.

  2. Saya akan menjadi lidah pelajar dalam mengetengahkan suara pelajar kepada pihak pentadbir dan pengurusan sekolah.

  3. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan INTEK dalam mewujudkan E-Sports sebagai salah sebuah sukan yang diterajui di SBPI Kuantan.

  4. Saya akan meminta kebenaran pihak pentadbir untuk melonggarkan etika pemakaian pelajar semasa roll call Sabtu. Contohnya, membenarkan pemakaian seluar track dengan kasut sukan dan tudung sarung bagi pelajar aspuri.

  5. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk mempertimbangkan cadangan menyediakan kemudahan vending machine di dalam asrama aspura dan aspuri.

  6. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk mengadakan program seminar dan sesi perkongsian daripada almuni atau penceramah dari luar contohnya dalam tempoh 2 bulan sekali untuk memberikan pelajar SBPI Kuantan lebih pendedahan dan semangat untuk belajar dan mengejar kejayaan.

  7. Saya akan mewujudkan peti aduan dan cadangan di kawasan sekolah dan asrama.

  8. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk mempertimbangkan cadangan memperbesarkan bilik wudhu’ perempuan di surau.

NURIN IRDINA BINTI IRWAN

Kelas: 4 Ibnu Sina

Ranking PPT: 64/118

Motto: Hold the Vision, Trust the Process

Manifesto:

  1. Cadangan perubahan penambahbaikan jadual pergerakan pelajar

  2. Mewujudkan kemudahan penggunaan chromebook di perpustakaan sekolah

  3. Membenarkan pembukaan perpustakaan pada waktu prep petang dan malam

  4. Cadangan penambahan aktiviti tahunan di sekolah

  5. Penambahbaikan atap ampaian aspura dan aspuri kepada atap lutsinar bagi memudahkan proses pengeringan pakaian

  6. Menaik taraf serta memantapkan gerak kerja badan kepimpinan pelajar INTEK

  7. Menjadi penyalur informasi dan suara pelajar yang tulus, cekap dan efisien daripada pelajar kepada pengurusan dan sebaliknya

  8. Membawa perubahan yang baik serta sentiasa peka terhadap isu semasa dan perubahan yang berlaku di kalangan warga INTEK

NORFARISYA ALIA BINTI FOJI

Kelas: 4 Ibnu Khaldun

Ranking PPT: 78/118

Motto: Beauty begins the moments , you decide to be yourself

Manifesto:

  1. Cadangan penambahan bumbung di kawasan basuh tangan lelaki dan perempuan supaya dapat memudahkan pelajar untuk melintas ketika hujan.

  2. Cadangan untuk peminjaman peralatan sukan sekolah semasa riadah petang. Sebagai contoh raket

  3. Mengadakan zumba terbuka di dewan al falah kepada pelajar aspuri dengan mengumpul dana daripada setiap pelajar aspuri

  4. Cadangan untuk melakukan aktiviti di luar sekolah mengikut rumah sukan masing masing pada hujung bulan . Sebagai contoh , pergi ke pantai yang berhampiran . Aktiviti yang akan dilakukan tertakluk kepada guru pembimbing rumah sukan

  5. Bersama sama memantapkan lagi akedemik pelajar dengan melakukan “ gallery walk “ pada hujung bulan mengikut batch bagi matapelajaran yang telah dipelajari pada bulan itu.

  6. Bagi sahsiah pelajar aspura dan aspuri pula , kepada sesiapa yang lewat untuk clear asrama , mereka akan dikenakan kerja amal. Sebagai contoh, membersihkan tandas di blok akedemik .

NURUL NAZRIN ARIFAH BINTI MUHAMAD AZRI

Kelas: 4 Al-Biruni

Ranking PPT: 106/118

Motto: make a MOVE cause ACTION speaks louder than WORDS

Manifesto:

  1. Mendengar, mempertimbang serta menyuarakan idea dan suara pelajar dalam menambahbaik sistem di sekolah mahupun asrama

  2. Mengadakan gotong-royong perdana secara berkala bagi mengelakkan masalah penyakit berjangkit seperti denggi dan dapat mengeratkan ukhwah sesama pelajar dan guru

  3. Mengadakan program mentor,menti lebih awal untuk semua pelajar bagi memastikan akademik pelajar tidak terabai. #samasamaberjaya!

  4. Memohon untuk penambahbaikan kemudahan di sekolah dan di asrama seperti menambah mesin layan diri di asrama,membesarkan kawasan ampaian asrama,menambah kipas pengudaraan di bilik wuduk perempuan,meletakkan alas kaki anti licin di bilik wuduk perempuan dan menggantikan tirai di surau dengan langsir

  5. Menyuarakan idea saya kepada pihak BADAR untuk mengadakan program KHATAM ALQURAN 1 BULAN bagi menggalakkan pelajar bersaing secara sihat untuk khatam alquran walaupun bukan di bulan Ramadhan.

  6. Berbincang bersama pihak atasan untuk membuka KELAB SENI TARI bagi mendedahkan kepada pelajar tentang tarian tradisional di Malaysia

  7. Menjadikan E-sport sebagai salah satu sukan yang diterajui oleh INTEK

  8. Mengadakan PETI ADUAN bagi murid untuk mereka melaporkan sebarang masalah seperti buli