SBPI KUANTAN

Info SBP INTEGRASI KUANTAN (INTEK)

INTEK mula beroperasi secara rasmi pada 04 Ogos 2003 dengan 'care taker' berjawatan Guru Penolong Kanan Pentadiran Tn. Hj. Zaimi bin Abu Bakar. Pengetua pertama yang diberi mandat mentadbir INTEK adalah Tn. Hj. Salleh bin Wan Daud A.M.N. Batch pertama pelajar (pioneer) yang mendaftar di INTEK adalah seramai 150 pelajar tingkatan empat yang dipecahkan kepada 3 aliran (Tulen, Agama, Teknikal) dengan 6 kelas (Archimedes, Einstein, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Hazim dan Galileo). Seramai 22 orang guru juga mula bertugas pada batch pertama ini. Pada Januari 2004, INTEK mula mengambil lebih kurang 120 pelajar di tingkatan satu dan diagihkan ke dalam empat kelas (Aktuari, Anatomi, Astronomi dan Arkeologi).

Permohonan ke semua SBP adalah secara atas talian dan pengambilan adalah sepenuhnya di bawah kawalan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah akan diarahkan untuk menjalankan UKSBP dan sesi temuduga sahaja apabila perlu.

Misi INTEK

Melahirkan insan yang cemerlang sesuai dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Visi INTEK

Menjelang tahun 2020, SBP Integrasi Kuantan menjadi sebuah sekolah unggul bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Cogan Kata INTEK

Membentuk Generasi Pemimpin

Pakej Mata Pelajaran INTEK

  • Menengah Rendah

    • Bahasa Melayu

    • Bahasa Inggeris

    • Bahasa Arab

    • (Pilihan) - Bahasa Antarabangsa (salah satu) - Mandarin/Jepun/Perancis

    • Pendidikan Islam

    • Matematik

    • Sains

    • Sejarah

    • Geografi

    • (Pilihan) - Rekabentuk Teknologi -RBT (menggantikan Kemahiran Hidup mulai 2018)/ Asas Sains Komputer -ASK (satu kelas sahaja setiap tingkatan)

    • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    • (Pilihan) - Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik

Pakej Mata Pelajaran INTEK

  • Menengah Atas (Aliran Sains Tulen/ Agama)

    • Bahasa Melayu

    • Bahasa Inggeris

    • Bahasa Arab (Agama sahaja)

    • (Pilihan) - Bahasa Antarabangsa (salah satu) - Mandarin/Jepun/Perancis

    • Pendidikan Islam (Tulen sahaja)

    • Matematik

    • Sejarah

    • Fizik

    • Kimia

    • Biologi

    • Matematik Tambahan

    • Pendidikan Al-Quran & Sunnah (Agama sahaja)

    • Pendidikan Syariah Islamiah (Agama sahaja)

    • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    • Pendidikan Sivik

Info Cepat

Info dikemaskini: 28 Sept 2019

  1. Jumlah pelajar : 496

  2. Jumlah Guru: 59

  3. Jumlah AKP (staf): 26

  4. Jumlah kelas MR: 12

  5. Jumlah kelas MA: 8

MENENGAH RENDAH:

  • AKTUARI

  • ANATOMI

  • ASTRONOMI

  • ARKEOLOGI

MENENGAH ATAS:

  • AL-BIRUNI

  • AL-FARABI

  • IBNU KHALDUN (Agama)

  • IBNU SINA (Agama)