Akademik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Sistem Persekolahan SBP

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan satu sistem persekolahan secara asrama sepenuhnya di mana semua pelajar hendaklah menetap di asrama. Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semua SBP diurus selia oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh. SBPI Kuantan dengan singkatan INTEK adalah salah satu SBP daripada 69 buah SBP yang sedang beroperasi sekarang. Di peringkat menengah rendah, pelajar akan ditawarkan dengan subjek bahasa antarabangsa iaitu pilihan Bahasa Arab (wajib di SBPI), Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis atau Bahasa Jerman. Tiga aliran pendidikan yang ditawarkan di peringkat menengah atas pula adalah Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Tahfiz-Sains.


Sejarah Bahagian SBP

LATAR BELAKANG

Sejarah Penubuhan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP)

BPSBP mula beroperasi sepenuhnya mulai 1 Jun 2008 dengan kelulusan waran perjawatan S49/2008, S178/2008 dan S262/2008. Pada asalnya, pentadbiran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diuruskan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh di bawah pengurusan Bahagian Sekolah. Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, mulai 1 Mac 2008 dan kelulusan waran perjawatan S45/2008 telah dengan rasminya mewujudkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bagi mentadbir urus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster (SK).

Penekanan kerajaan terhadap Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah mewujudkan dua lagi sektor baru yang menyelaraskan pengurusan dan operasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2010. Penubuhan sektor tersebut membawa kepada pindaan nama baharu iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).

VISI

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu

OBJEKTIF