EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penambahbaikan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan mengekalkan prinsip amalan 5S iaitu Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL).
Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan agensi-agensi Sektor Awam melalui penyediaan persekitaran budaya kerja dan nilai yang menjadi amalan seluruh warga kerja Agensi Sektor Awam berdasarkan Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Kondusif Sektor Awam.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA ini disediakan sebagai rujukan kepada warga kerja ADTEC JTM Kampus AP Nibong Tebal, Pulau Pinang dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) agar dapat merealisasikan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, kos dan ruang.
Panduan ini menggariskan pengertian konsep EKSA, elemen-elemen EKSA, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan yang diguna pakai dan kelayakan serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.
EKSA harus dilihat sebagai satu aktiviti yang menggalakkan warga kerja ILP Arumugam Pillai agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Ikon berbentuk seakan-akan daun melambangkan halatuju dan matlamat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam usaha menambahbaik persekitaran kerja dan meningkatkan produktiviti
---------
Warna hijau melambangkan percambahan buah fikiran yang berteraskan amalan hijau
---------
Bentuk bulatan melambangkan kerjasama diantara semua bahagian di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal