Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentinganterhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam di kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri-ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran kerja di kalanganwarga kerjaJTM dan ILJTM.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga JTM dan ILJTM membudayakan elemen kreativiti dan inovasi ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran kerja dalam JTM dan ILJTM yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga kerja JTM dan ILJTM digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.
Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan warga kerjaJTM dan ILJTM. Amalan EKSA menggalakkan warga kerja JTM dan ILJTMuntuk memberikan penekanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan dan memberi keselesaan ketika berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang bersesuaian seharusnya disediakan. Begitu juga dalam perspektif mengarusperdanakan elemen gender sebagai satu pendekatan baharu yang perlu diberi warga kerja JTM dan ILJTM memberi keutamaan.
Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program dan aktiviti seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga kerja JTM dan ILJTM ke arah penggunaan sumber secara optimum.
EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaianpremis Jabatan/Agensi Kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu,one size fits all didapati kurang mencakupi keperluan kepelbagaian Jabatan/ Agensi Kerajaan pada masa kini.