PENYELIDIKAN
Saya ingin membuat satu penyelidikan di PERMATA Kurnia, bagaimana boleh saya memohon?
MAKLUMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN
Mengisi borang permohonan penyelidikan dan menyerahkannya kepada PERMATA Kurnia dua bulan sebelum tarikh mula penyelidikan.
Memohon kelulusan etika daripada Daftar Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRR) atau Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) atau universiti. Kelulusan ini mesti dikemukakan bersama-sama dengan dokumen lain untuk menjalankan penyelidikan di PERMATA Kurnia .
Menyediakan resume ringkas penyelia penyelidikan dan satu salinan cadangan penyelidikan.
Pembentangan cadangan penyelidikan untuk kelulusan PERMATA Kurnia.
Semua dokumen hendaklah dihantar melalui e-mel (penyelidikan_gk@iautism.edu.my) atau faks ke 03-4026 8281. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Berikut adalah syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi menjalankan penyelidikan di PERMATA Kurnia:
Sila mematuhi kod etika pakaian PERMATA Kurnia.
Pemohon tidak dibenarkan untuk mengambil gambar-gambar pelajar dalam PERMATA Kurnia tanpa kebenaran yang bertulis daripada ibu bapa.
Pemohon tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana item (contoh: buku) dari PERMATA Kurnia kecuali nota-nota atau risalah-risalah yang disediakan.
Sila tidak mengganggu intervensi atau sesi yang dijalankan.
Sebarang pelanggaran kerahsiaan seperti pendedahan maklumat PERMATA Kurnia atau melaksanakan intervensi yang tidak memenuhi standard PERMATA Kurnia akan mengakibatkan penamatan penyelidikan.
Pemohon mesti menandatangani borang perjanjian sebelum memulakan penyelidikan mereka di PERMATA Kurnia.