LAWATAN
Saya berminat untuk melawat PERMATA Kurnia, apa yang perlu saya lakukan?
Pelawat dialu-alukan di PERMATA Kurnia. Pelawat akan dibawa melawat kemudahan-kemudahan kami untuk mempelajari tentang amalan-amalan berasaskan bukti untuk kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga masing-masing.
MAKLUMAT LAWATAN
PERMATA Kurnia menerima hanya satu kumpulan pelawat setiap bulan.
Maksimum 20 orang sahaja dibenarkan bagi setiap kumpulan.
Kanak-kanak dan individu di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan melawat.
Tempoh masa lawatan adalah selama 4 jam, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1 petang. Mohon hadir tepat pada masa yang ditetapkan.
Sila kemukakan borang permohonan ini melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh lawatan ke syafiq.sudinn@moe.gov.my atau faks ke 03-4026 8281 (Untuk perhatian: Mr. Syafiq bin Sudin).
Sila patuhi kod etika pakaian semasa berada di PERMATA Kurnia.
Sila patuhi peraturan PERMATA Kurnia sepert berikut:
Tidak membawa sebarang makanan atau minuman
Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar-gambar pelajar PERMATA Kurnia tanpa kebenaran yang bertulis daripada ibu bapa
Pelawat tidak dibenarkan mengambil mana-mana item (contoh: buku) dari PERMATA Kurnia kecuali nota-nota atau risalah-risalah yang disediakan
Tidak dibenarkan mengganggu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Apa-apa perbuatan mengenai pendedahan maklumat mengenai kanak-kanak, kakitangan atau maklumat sulit PERMATA Kurnia dan menjalankan aktiviti/ intervensi yang bertentangan dengan amalan pusat ini, tanpa kebenaran daripada Pengarah PERMATA Kurnia akan dihukum.
Pengunjung mesti menandatangani borang perjanjian sebelum memulakan lawatan mereka di PERMATA Kurnia.