Program Pemantapan Pendidikan Digital (PPP) 2022-2025 adalah satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pendidikan digital di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi yang pesat, pendidikan digital menjadi faktor utama dalam memastikan pelajar dan pendidik dapat terus bersaing di peringkat global. Program ini bertujuan untuk memperkasakan penggunaan teknologi dalam pendidikan, memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta mempersiapkan pelajar dengan kemahiran digital yang relevan. Berdasarkan Dasar Pendidikan Digital, Institut Aminuddin Baki bertanggungjawab untuk melatih pemimpin sekolah bagi menyambut Teras 3 iaitu Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan.
Terdapat 9 skop bagi Program Pemantapan Pendidikan Digital (seperti rajah di bawah), di mana Institut Aminuddin Baki bertanggungjawab dalam Skop 3 - Skop 6, Skop 8 dan Skop 9.
Matlamat: Pembangunan e-Pembelajaran dan naik taraf versi Moodle.
Skop kerja: Peningkatan sistem dan pengujian menyeluruh.
Pemegang taruh: Pusat Pembangunan & Pengurusan Teknologi (PPPT), Jabatan e-Pembelajaran, Pembangun e-Pembelajaran, Sekretariat NPQEL, Pengurusan Institut Aminuddin Baki.
Kursus ini direka bentuk dengan teliti untuk membantu pengurus dan pemimpin dalam organisasi meningkatkan kemahiran kepimpinan digital mereka melalui tiga fasa progresif. Terdapat 3 fasa dalam kursus ini.
[Sila klik logo di bawah untuk maklumat lanjut]Objektif: Menyokong Inisiatif Teras 3 bagi Strategi 3.1 Dasar Pendidikan Digital (DPD)
Melaksanakan latihan kepada jurulatih pemimpin dalam kalangan pensyarah IAB.
Lima (5) buah SDHC (Sebuah di IAB Induk dan sebuah di setiap IAB cawangan) telah selesai dibangunkan dan sudah mula beroperasi mulai tahun 2024.
Program Pembudayaan Pendidikan Digital Pemimpin Pendidikan PPD Seluruh Malaysia.
Pendedahan kepada penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), Google Workspace dan Microsoft 365 dalam pengurusan.
Skop 9 merangka strategi komunikasi serta membangunkan bahan-bahan komunikasi yang relevan bagi Teras 3 Dasar Pendidikan Digital.
Objektif
Membangunkan pelan komunikasi yang komprehensif untuk Teras 3 Dasar Pendidikan Digital.
Meningkatkan kefahaman peserta mengenai strategi dan inisiatif komunikasi bagi Teras 3 Dasar Pendidikan Digital.
Menghasilkan bahan komunikasi yang relevan seperti video promosi, banner, bunting, dan laman web.