Kursus MyDigital Leaders adalah program yang direka untuk melatih pemimpin masa depan dalam bidang digital, termasuk kemahiran teknologi, kepimpinan digital, dan transformasi digital.
Untuk tahun 2024, kursus ini terbuka kepada semua pemimpin sekolah iaitu pengetua dan guru besar.
Jika anda belum pernah mengikuti Kursus MyDigital Leaders sebelum ini, maka anda layak untuk hadir ke kursus ini.
Senarai penyelia / pensyarah pembimbing MyDigital Leaders boleh didapati dalam surat penawaran Fasa Lanjutan yang melibatkan pemakluman Tindak Ikut Tindak Lanjut (TITL) yang di keluarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Tidak. Sehingga tahun 2024, Kursus MyDigital Leaders khusus untuk Pengetua dan Guru Besar di Kementerian Pendidikan. Namun peluasan kursus ini kepada pemimpin sistem dan pemimpin pertengahan akan dimaklumkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Untuk tamat kursus MyDigital Leaders, anda perlu melengkapkan Fasa Asas, Fasa Pertengahan dan Fasa Lanjutan secara penuh.
Kursus ini merangkumi pelbagai topik seperti:
- Wawasan digital - Pengurusan projek digital
- Kepimpinan digital - Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Pengintegrasian digital
- Transformasi digital
Tempoh kursus biasanya dalam tempoh DUA tahun, bergantung kepada format dan modul yang dipilih. Kursus ini terbahagi kepada TIGA Fasa iaitu
Fasa Asas ( e-Pembelajaran dalam talian )
Fasa Peretngahan ( Bersemuka )
Fasa Lanjutan ( Bersemuka )
Ya, peserta yang berjaya menyelesaikan semua modul dan penilaian akan menerima sijil penyertaan.
Peserta akan mendapat akses kepada rangkaian alumni dan sumber tambahan untuk terus belajar dan berkembang dalam bidang digital.