Pengurusan tekanan dan risiko adalah kemahiran penting dalam kepemimpinan dan kehidupan. Pengurusan tekanan melibatkan strategi untuk mengatasi tekanan sehari-hari dengan kesedaran diri dan teknik relaksasi. Pengurusan risiko melibatkan mengenal pasti, menilai, dan mengendalikan risiko dalam aktiviti atau projek. Ini melibatkan identifikasi risiko, penilaian dampak, dan langkah pengurangan. Kemahiran pengambilan keputusan berdasarkan risiko juga penting. Dalam organisasi, budaya pengurusan risiko memupuk komunikasi terbuka dan pembelajaran dari kegagalan. Mengelola tekanan dan risiko memerlukan keberanian dan memberi manfaat besar seperti peningkatan produktiviti dan keseimbangan hidup.
Teknik untuk Relaksasi
Pernafasan Dalam
Ini adalah teknik yang paling asas.
Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa tegang atau tertekan.
(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)
Gambaran dalam fikiran (Imagery)
Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.
Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)
Prosedur untuk teknik relaksasi
Pernafasan DalamMenarik nafas
Duduk dan letak kedua belah tangan anda dengan erat dan selesa di atas perut.
Pastikan otot perut anda dalam keadaan rehat.
Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut mengembang seberapa yang boleh.
Tahan pernafasan untuk beberapa saat sebelum menghembusnya.
Menghembus nafas
Menghembus nafas perlahan-lahan melalui mulut di mana kedua belah tangan masih diatas perut.
Semasa anda menghembus nafas, pastikan diafram (Otot besar di bahagian bawah paru-paru) dalam keadaan relaks dan anda merasai seperti dada anda kosong.
Bayangkan angin yang keluar dari badan anda membawa sekali stres yang ada di dalam badan.
ngi semula pusingan pernafasan tersebut.
(Ulangi pusingan ini tiga atau empat kali setiap sesi)
Gambaran dalam fikiran (Imagery):
Pastikan diri anda berada di tempat yang aman.
Pejamkan kedua-dua mata anda dan dengar penafasan anda.
Lama kelamaan pernafasan anda akan menjadi lebih tenang
Apabila minda anda merasa lebih tenang dan aman, badan anda juga akan hilang ketegangan.
Bayangkan suatu pemandangan yang dapat memberikan ketenangan dan relaksasi. Contohnya : bayangkan suatu hari yang indah, di tepi pantai di mana awannya membiru dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa dan air lautnya yang tenang dan sebagainya..
Tumpukan sejenak kepada pemilihan persekitaran imginasi anda.
Tumpukan sepenuh perhatian pada suasana imaginasi pilihan anda.
Bawakan diri anda bersama imaginasi anda dengan penuh realiti.
Lalui dan alamilah pengalaman sensasi bersama alam imaginasi anda.
Bebaskan kekusutan yang ada di dalam diri anda.
Nikmatilah imaginasi anda dengan suasana aman dan tenteram.
Apabila anda telah merasai cukup tenang, perlahan-lahan kembalikan tumpuan anda ke alam nyata.
Anda akan berasa lebih cergas,segar dan tenang.