Kaunseling adalah proses interaktif di mana seorang profesional berlatih (kaunselor atau konselor) membantu individu atau kumpulan untuk mengatasi masalah, mengatasi cabaran, dan meningkatkan kesejahteraan emosi, mental, dan psikososial mereka. Ini melibatkan perbincangan terbuka, penyelidikan, dan pemberian sokongan oleh kaunselor kepada klien mereka.
Terdapat beberapa jenis kaunseling, termasuk:
1. **Kaunseling Peribadi:** Fokus pada masalah individu, termasuk perasaan, kecemasan, depresi, pengurusan stres, hubungan, dan pertumbuhan personaliti.
2. **Kaunseling Berpasangan atau Keluarga:** Bertujuan untuk memperbaiki hubungan di antara pasangan atau dalam keluarga, menangani konflik, dan membina komunikasi yang lebih baik.
3. **Kaunseling Kerjaya:** Membantu individu dalam pemilihan kerjaya, perkembangan profesional, pengurusan konflik di tempat kerja, dan pembangunan kemahiran.
4. **Kaunseling Pendidikan:** Menyokong pelajar dalam hal pembelajaran, motivasi, pengurusan masa, pengembangan kemahiran akademik, dan kebimbangan berkaitan pendidikan.
5. **Kaunseling Kesihatan Mental:** Fokus pada gangguan mental seperti depresi, kecemasan, gangguan makan, dan lain-lain, serta memberi bimbingan untuk mengelola dan mengatasi gejala tersebut.
6. **Kaunseling Krisis:** Memberikan sokongan kepada individu yang mengalami krisis atau trauma, seperti kematian mendadak, kegagalan, atau insiden traumatis lain.
7. **Kaunseling Beragama atau Spiritual:** Berfokus pada pertanyaan dan cabaran berkaitan dengan keyakinan agama dan spiritual, serta membantu individu dalam pencarian makna dalam hidup.
Proses kaunseling melibatkan perbincangan terbuka antara kaunselor dan klien, di mana klien boleh berkongsi perasaan, pemikiran, dan pengalaman mereka. Kaunselor kemudian bekerja bersama klien untuk mengkaji masalah dan mencari penyelesaian yang sesuai. Teknik yang digunakan dalam kaunseling termasuk mendengar aktif, bertanya soalan, memberikan bimbingan, dan membantu klien merancang langkah-langkah perubahan.
Kaunseling boleh membantu individu merancang penyelesaian masalah, meningkatkan pemahaman diri, mengembangkan kemahiran pengurusan emosi, dan membangun strategi untuk mengatasi cabaran dalam hidup. Jika anda berminat untuk menjalani kaunseling, penting untuk mencari kaunselor yang berkelayakan dan sesuai dengan keperluan anda.
https://sgmy.moe.gov.my/KPMXPERT/CV.cfm?KPUTAMA=640108035754
Mardiana binti Muhamad memulakan kerjaya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 3 Januari 1988. No Sijil Guru Malaysia: G880301-00105
Berkhidmat di Institut Aminuddin Baki mulai 10 November 2010 sebagai pensyarah kanan. 2016 hingga 2018 dilantik sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Latihan Pentadbiran Pejabat dan pengurusan Kewangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
2019, beliau adalah Pensyarah Cemerlang (Pengurusan Prestasi) DG54 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Kepakaran beliau meliputi bidang Kepimpinan Pendidikan termasuk Pengurusan Prestasi, Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan Pendidikan dan Guru, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling, Pengurusan Stres, Coaching dan Mentoring serta Pengurusan Pentadbiran Pejabat.
Beliau juga merupakan:
- Kaunselor Berdaftar (KB 00468) dan Perakuan Pengamalan (PA 311)
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia AKRAB (A9029813)
- Certified Trainer : MTIAB 0297 (T)
- Certified Coach : MTIAB 0428 (C)
- Pentaksir kepada Trainer dan Coach KPM
- Jurulatih Utama Program i-THiNK KPM
- Perakuan Pakar Pengajar (PAJAR) : Sektor Pendidikan & Perkhidmatan Latihan
- ISTE Technology Coach
- TAJMA Personality Practitioner
- Juru Latih Tetap Program Pendidikan Pintar Cerdas KPM di bawah Inisiatif 30 (#30)
- Juru Audit Dalaman MS ISO
- Pembimbing Program EduLEP, KPM
- Penyelia Program PRime
- Penyelia/pembimbing peserta NPQEL
- Rakan Elite TS25
- TASK FORCE Inisiatif 112 (#112)
https://sgmy.moe.gov.my/KPMXPERT/CV.cfm?KPUTAMA=710210025780
Hjh Noor Ashikin Binti Hj Shahrom KB.PA merupakan seorang Kaunselor Berdaftar, Kaunselor Jabatan, Pensyarah Kanan, Jurulatih, Motivator dan juga seorang penulis bebas yang sedang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Penulis buku Aku Adalah Aku Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) Dan Aku Anak Pomen Chapter Hidupku.
Hjh Noor Ashikin Binti Hj Shahrom merupakan seorang Kaunselor Berdaftar, Pensyarah Kanan, Jurulatih, Motivator dan juga seorang Penulis Bebas yang sedang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Mempunyai kelayakan dalam Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia. Menamatkan pengajian Sarjana Muda dengan Kepujian Bimbingan dan Kaunseling daripada Universiti Putra Malaysia (Cawangan Terengganu) dan memiliki pengalaman sebagai seorang guru terlatih dari Institut Pendidikan Sultan Idris dalam Pengajian Melayu.
Telah berkhidmat di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari 1 Disember 1992 sehinggalah sekarang. Pengalaman perkhidmatan SK Kuah (Langkawi), SK Seberang Nyonya (Kuala Kedah), SMK St Annes Convent (Kulim), SMK Sultanah Asma (Alor Setar), SMK Jabi (Pokok Sena), Tutor OUM Kampus Utara, Penyelia Praktikum Kaunseling IPGM, Pegawai Kaunseling dan Ketua Unit Kaunseling IPGM Kampus Darulaman, Penolong Pengarah Kaunseling Kolej Matrikulasi Labuan, Kaunselor SMK Alor Merah, Alor Setar dan akhirnya sekarang masih bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki Cawangan. Pengalaman selama lapan tahun di bawah Bahagian Psikologi Dan Kaunseling KPM memberikan banyak pengalaman sebagai Kaunselor Profesional.
Sepanjang perkhidmatan saya juga bergerak aktif dalam memberikan sumbangan dan penglibatan professional sepanjang perkhidmatan.
https://sgmy.moe.gov.my/KPMXPERT/CV.cfm?KPUTAMA=741126025253
Mohd Syukarmi Bin Zakaria, di lahirkan pada 26 November 1974, iaitu pada 45 tahun yang lalu di Kg Juara Tua, Alor Setar, Kedah. Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kebangsaan Titi Hj Idris, Alor Setar, Kedah 1986, Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum, Langgar,Alor Setar Kedah 1994, Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh Indonesia 2000, Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia 2016, Diploma Pendidikan Lepas Ijazah 2005 di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam 2004 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengalaman berkhidmat di Sekolah Rendah Islam Alor Setar sebagai guru sandaran tidak terlatih 2001-2004, SJKC Sentul Pasar sebagai guru Pendidikan Islam 2006-2012, sebagai Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abd Halim, Sungai Petani 2012-2018, dan seterusnya berkhidmat sebagai Nazir Sekolah di Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Kedah, selama 6 bulan pada 2018-2019 dan akhirnya pada 04 Februari 2019 hingga kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara sebagai Pensyarah di Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling juga seorang Kaunselor Berdaftar.
Bidang Kepakaran
Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Kerjaya, Pelbagai Pentadbiran Inventori (Minat Kerjaya, IPW, SDS,DAS) Team Building, Penyelaras Kursus Pengurusan Stress, Kursus Program Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA), Pelbagai Aktiviti PAK 21, Kepimpinan Pendidikan, Kepimpinan Islam, Kumpulan Inovasi, dan Penceramah Agama serta Motivasi.
https://sgmy.moe.gov.my/KPMXPERT/CV.cfm?KPUTAMA=680310025409
Berpengalaman sebagai Guru Akademik dan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan sekolah menengah (1996-2014). Kemudian, meneruskan tugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya Murid di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (2014-2017). Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
Pernah mengikuti Kursus Perguruan Lepas Diploma (KPLD) dalam bidang Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) di MPTB, Bukit Mertajam, mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling di MPPM, Melaka. Melanjutkan pengajian di USM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian (Biologi) dan memperoleh Sarjana Kaunseling di UNISHAMS pada tahun 2014.
Kini bertugas di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Bidang Kepakaran/Niche Area ialah Pengurusan Kaunseling/kaunseling Individu/Kaunseling Kelompok/Kaunseling Kerjaya/Kaunseling
eluarga/Kaunseling Pendidikan/Kaunseling Organisasi, Pengurusan Stres, Mindfuless, Potokol dan Etiket, Perundangan Sekolah dan Bina Pasukan. Juga merupakan Certified Practitioner of Mindfulness Love Therapy, Certified Practitioner of Neo-Cognitive Behavioral Therapy dan Certified Practitioner of Art Drawing-House Tree Person. Disamping tugas hakiki sebagai pensyarah, beliau juga ialah ialah seorangKaunselor Berdaftar.