PENDAFTARAN & PENYERAHAN DOKUMEN PENYERTAAN

Proses Penghantaran Penyertaan.

  1. Tarikh akhir pendaftaran penyertaan : 19 Nov 2022

Borang penyertaan: https://forms.gle/i6PaADZifidPuuE37


  1. Tarikh penghantaran dokumen lengkap: 30 Nov 2022 9 DISEMBER 2022

Borang penghantaran dokumen:

https://forms.gle/twT5GyRLvQuFJRKu7


  1. Pameran online dan penjurian: 1-10 Disember 19 - 23 DISEMBER 2022

  2. Pengumuman senarai pemenang: TBD

  3. Majlis penghargaan inovator : TBD

Dokumen Penyertaan

POSTER PENYERTAAN

Poster digunakan sebagai bahan untuk mempamerkan idea peserta. Kami mencadangkan peserta untuk menggunakan canva.com bagi memudahkan proses membina poster. Tetapi, peserta bebas untuk memilih sebarang aplikasi lain dalam penyediaan poster masing-masing. Poster perlu dihantar dalam format .png atau .pdf.

p/s: Download yang percuma sahaja. Poster ini akan dimasukkan ke dalam buku juga.

LAPORAN PENERBITAN

Untuk versi kali ini, setiap penyertaan akan dibukukan dalam buku Kompilasi Inovasi. Oleh sebab itu, peserta diminta menulis mengikut template yang disediakan di sini. Fail yang disediakan adalah dalam bentuk Google Docs. Peserta perlu make your own copy apabila klik pada link yang diberikan. Jika peserta lebih selesa menggunakan Microsoft Word, hanya perlu klik pada File - download as Microsoft Word.

VIDEO PEMBENTANGAN

Oleh kerana pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian, video pembentangan adalah wakil pembentang. Peserta bebas untuk merekodkan cara pembentangan masing-masing. Durasi video TIDAK MELEBIHI 7 minit dan dimuatnaik di YouTube. Kami mencadangkan peserta untuk menetapkan video sebagai public atau unlisted untuk melindungi hasil kerja anda. Link video perlu dihantar kepada kami melalui borang penyertaan yang disediakan.