Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PENGENALAN PROGRAM

Program yang ditawarkan oleh KPTM dijalankan secara sepenuh masa dan mengambil tempoh masa 3 tahun (6 Semester panjang).

Pelajar disediakan dengan pembelajaran dan kurikulum yang dapat memenuhi syarat profesion di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang didedahkan dengan teori dan kemahiran yang mencukupi bagi pelajar.

Pelajar akan ditempatkan di TASKA/TADIKA pada setiap semester dan menjalani latihan industri pada semester terakhir.

SYARAT KEMASUKAN

Program :

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tempoh Program :

6 Semester

Kampus :

KPTM Kota Bharu

Kod Program :

BE102

Yuran Program :

RM 20,310

Medium Perantaraan :

Bahasa Malaysia

Rujukan :

R/143/4/0051 (01/2023) MQA/FA 2057

Syarat Kelayakan Minimum :

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana subjek

ATAU

Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

SEMESTER 1:

Bahasa Kebangsaan A

Pengucapan Awam

Pengurusan Sumber dan Asas Teknologi Maklumat untuk Pend. Awal Kanak-kanak

Profesionalisme Guru dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Falsafah Pendidikan dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Sosiologi Pendidikan Awal Kanak-kanak

Psikologi Perkembangan dan Pertumbuhan Awal Kanak-kanak

SEMESTER 2:

Pengajian Malaysia 2

English for Oral Communication and Proficiency

Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-kanak dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran) dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Seni, Kreativiti dan Estetika dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor dalam Pend. Awal Kanak-kanak

SEMESTER 3:

Pendidikan Islam

Etika dan Moral

Kemahiran Berfikir

Bermain dan Kanak-kanak

AWAL Sains dan Proses Menaakul dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Nutrisi, Kesihatan dan Keselamatan Awal Kanak-kanak

Perkembangan Bahasa, Literasi dan Komunikasi Awal Kanak-kanak

SEMESTER 4:

Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pend. Awal Kanak-Kanak

Pengasuhan dan Pend untuk Kanak-kanak dengan Keperluan Asas

English Communication and Literacy In Ealy Childhood Education

Pentaksiran dan Penilaian Awal Kanak-kanak

Bimbingan dan Kauseling untuk Pend. Awal Kanak-kanak

Awal Numerasi dan Penyelesaian Masalah dalam Pend. Awal Kanak-kanak

SEMESTER 5:

Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Pendidikan Perkembangan Kerohanian dan Pend. Islam

Pendidikan Perkembangan Kerohanian dan Pend. Moral

Pengenalan Kaedah Penyelidikan dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Asas Pendidikan Keusahawanan dalam Pend. Awal Kanak-kanak

Khidmat Masyarakat

Pengurusan Masjid

Akta dan Peraturan dalam Pend. Awal Kanak-kanak

SEMESTER 6:

Praktikum

PELUANG KERJAYA

Pelajar berpeluang bekerja sama ada dalam agensi kerajaan ataupun swasta seperti di pusat asuhan kanak-kanak, taman didikan kanak-kanak, taman bimbingan kanak-kanak dan sebagainya.


Pelajar juga dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang sama atau bidang-bidang lain seperti pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas, pengurusan dan pentadbiran bagi institusi melibatkan kanak-kanak.