Mengapa saya perlu daftar di KPTM/UPTM?

1. MENDAPAT PINJAMAN MARA - DAPAT PENGURANGAN BAYARAN BALIK 

Kolej Poly-Tech MARA merupakan salah satu Institusi Pendidikan di bawah MARA dan secara automatik anda mendapat manfaat terbesar sebagai Bumiputra apabila layak mendapat Pinjaman MARA (merangkumi Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup). Ramai yang mengimpikan pembelajaran dengan pinjaman MARA apabila pinjamannya adalah BOLEH UBAH . Ini bermaksud anda perlu bayar balik,  tetapi tidak banyak iaitu bergantung kepada keputusan akhir/ CGPA yang anda dapat. Semakin bagus keputusan  anda, semakin sedikit jumlah bayaran  balik kepada pihak MARA. Pinjaman MARA hanya TERHAD kepada BUMIPUTERA sahaja.

Sangat menguntungkan sebab tak perlu bayar penuh untuk pembayaran balik nanti dan cepat bebas hutang(pinjaman). Lulus dengan result 2.0 pun boleh dapat 30% diskaun inikan pulak kalau result lagi tinggi HANYA BAYAR 15% sahaja! Untung sangattt........MARA jugak provide wang saku bulanan (Elaun Sara Hidup) sebanyak RM730(DIPLOMA)-RM800(DEGREE) sebulan. Yang instimewa, TIADA Faedah bayaran(no.interest/bunga) dikenakan semasa bayaran balik nanti selepas tamat. Betapa untung bergelar graduan IPMA-MARA.

Jadi make sure adik-adik tamatkan pengajian dengan cemerlang bagi mendapat pengurangan seperti  testimoni oleh ALUMNI kami ini yang telah mendapat pengurangan. Sangat berbaloi berbanding belajar dengan pinjaman PTPTN yang ada interest dan perlu segera buat pembayaran balik bila tamat belajar nanti. Belajar bersungguh pasti jimat. 

𝑺𝒆𝒓𝒐𝒏𝒐𝒌𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒅𝒊 KPTM & UPTM dengan Pinjaman MARA, Dapat pula 𝑬𝒍𝒂𝒖𝒏 𝑺𝒂𝒓𝒂 𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑(ESH)  𝑺𝒆tiap 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 ! 

Aku nak belajar bersungguh supaya 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐬 belajar nanti hanya bayar sedikit, Bebas HUTANG !
Anda hanya perlu bayar berdasarkan CGPA seperi berikut:

CGPA 3.5 ke ATAS = Bayaran Balik 15% dari Jumlah Pinjaman 

CGPA 3.0-3.49 = Bayaran Balik 20% dari Jumlah Pinjaman

CGPA 2.5-2.99 = Bayaran Balik 25% dari Jumlah Pinjaman

CGPA 2.0-2.49 = Bayaran Balik 30% dari Jumlah Pinjaman

Dengan jumlah pinjaman 37k, alumni ini hanya perlu membayar 6k sahaja dengan mendapat pointer CGPA 3.67

Dengan jumlah pinjaman 36k, alumni ini hanya perlu membayar 5k sahaja dengan mendapat pointer CGPA 3.50

2. DAPAT SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA

MARA merealisasikan IMPIAN anda apabila menaja sambung belajar ke luar negara dengan biasiswa MARA. Masa belajar pun dah jimat sekarang sebab tempoh diploma KPTM dah dipendekkan jadi 2 tahun 4 bulan sahaja berbanding 3 tahun sebelum ini. Lepas habis diploma, graduan KPTM boleh senang-lenang sambung ijazah dengan biasiswa MARA.

3. KURSUS DIIKTIRAF OLEH MQA

Program pengajian yang ditawarkan di KPTM@UPTM semua berkualiti tau sebab diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Tak perlu bimbang dah terbazir masa belajar bertahun-tahun tapi rupanya diploma tak sah dan tak laku. Jadi, memilih kursus yang diiktiraf MQA dan JPA adalah suatu kemestian kepada setiap pelajar supaya sijil, diploma atau ijazah yang bakal anda terima kelak diperakui dan diterima oleh semua pihak baik kerajaan mahupun bukan kerajaan (swasta).

Lepas dah habis belajar di KPTM@UPTM, adik2 bebas nak sambung ijazah di mana-mana IPTA dan IPTS. Dan kalau perform setiap semester dapat anugerah Dekan, cerah juga peluang untuk lanjutkan pelajaran di luar negara biasiswa oleh MARA. Ternyata sijil diploma KPTM ni diterimapakai bukan saja di dalam negara tapi juga luar negara. Untuk membuktikan anda boleh semak sendiri di https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

4. FASILITI YANG LENGKAP

Kemudahan yang lengkap dan selesa seperti asrama, perpustakaan, pengangkutan, bilik kuliah dan lain-lain semuanya tersedia.

5. KEMUDAHAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR IPMA (SKIPMA) 

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Permohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing.

Permohonan boleh dibuat di link berikut:

https://aplikasi.mara.gov.my/skip/

Garis Panduan:

https://aplikasi.mara.gov.my/.../Garis%20Panduan%20...

Soalan Lazim:

https://aplikasi.mara.gov.my/.../Soalan%20Lazim%20...

Info Grafik:

http://online.anyflip.com/oxlss/zwsb/mobile/index.html

Peringatan:

1. Saudara/i diminta untuk muat turun & mencetak garis panduan SKIPMA.

2. Pastikan pelajar telah membaca garis panduan sebelum permohonan dibuat.

3. Pastikan permohonan diisi dengan sempurna, lengkap & betul.

4. Sila rujuk dengan pensyarah/wakil PIC di kolej masing-masing bagi pemilihan laptop yang ingin dibeli.

5. Pemilihan laptop haruslah mengikut jenama dan model yang ada di pasaran.

6. Maklumat yang telah disahkan oleh PIC tidak boleh dibuat pindaan.

7. Status permohonan boleh disemak melalui PIC kolej dalam masa 3 bulan dari tarikh permohonan dibuat.