PENDAFTARAN

SOALAN  LAZIM

1. Bayaran apakah yang perlu dibuat untuk pelajar baharu Sesi April & Julai 2024 mendaftar?
Pelajar baharu perlu membuat bayaran Pengesahan & Pendaftaran berjumlah RM 400. Rujuk Menu Panduan Pembayaran dan Pendaftaran (Langkah 3: Pengesahan Terima Tawaran)  pada panduan.


2. Apa dimaksudkan dengan pendaftaran online UPTM@KPTM?
Pendaftaran online dibuat bagi mengantikan pendaftaran secara fizikal di kampus seperti kebiasaan setiap kali kemasukan.

3. Portal Web manakah untuk saya mendaftar online nanti?
Anda boleh berdaftar secara online di portal https://eregister.kptm.edu.my/ , dimana-mana sahaja berada dengan menyempurnakan beberapa arahan seperti memuatnaik gambar dokumen  berikut:
a. MyKad 

b. Slip SPM/STAM/STPM/Diploma (Dokumen kelayakan akademik) 

4. Siapakah yang layak/boleh membuat pendaftaran online?
Bakal pelajar yang telah membuat bayaran Pengesahan Terima Tawaran pendaftaran sebanyak RM 400 layak untuk mendaftar. 

5. Semasa pelajar membuat pendaftaran online, adakah perlu ada cop pengesahan di setiap salinan untuk dimuatnaik dalam sistem?
YA, salinan yang dimuatnaik mestilah telah DISAHKAN.

6. Bila saya perlu hadir untuk melapor diri?
Tarikh Lapor Diri di Asrama UPTM & KPTM adalah tertakluk pada tarikh di Surat Tawaran.

7. Sekiranya saya ingin lapor diri LEWAT selepas tarikh sepatutnya kerana urusan tertentu, adakah di bolehkan?
YA Boleh. Anda boleh daftar selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh asal lapor diri. Sila maklum kepada pihak kampus.

8. Adakah pelajar perlu buat medical checkup dulu sebelum melapor diri?
YA, pelajar yang telah membuat pengesahan pendaftaran perlu membuat medical checkup samada di hospital kerajaan/KK dan klinik swasta. Walau bagaimanapun filem X-Ray perlu disimpan oleh calon pelajar dan tidak perlu diserahkan kepada pihak kolej.

9. Bagaimana saya perlu memohon pinjaman MARA jika saya belum dibenarkan pulang ke kampus, adakah pihak kolej akan menguruskan segalanya untuk saya?
Unit Tajaan di Kolej akan membantu pelajar untuk permohonan pinjaman MARA dan lain-lain bentuk pinjaman. 

10. Adakah ibubapa/penjaga di wajibkan hadir bersama-sama pelajar semasa hari pendaftaran?
Ibu bapa/penjaga DIBENARKAN hadir pada hari pendaftaran 

11. Adakah pelajar dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan selepas selesai urusan pendaftaran?
YA.Boleh@Dibenarkan.

12. Apakah etika pemakaian semasa hari pendaftaran?
Sopan dan kemas, menutup aurat (smart casual)

13. Bilakah tarikh tutup Permohonan KPTM & UPTM bagi intake Sesi April & Julai 2024?
Permohonan masih dibuka.. Sekiranya terdapat rakan-rakan ingin memohon boleh lawati http://bit.ly/mohonkptm(Diploma) & http://bit.ly/mohonkuptm(Ijazah).

ASRAMA

Polisi Kediaman di KPTM?
Polisi kediaman kolej di KPTM/UPTM(kecuali Kediaman Pelajar Kejururawatan) menetapkan mana-mana pelajar yang telah mendaftar untuk tinggal di kediaman kolej adalah diwajibkan untuk terus tinggal di kediaman kolej tersebut untuk tempoh minimum satu (1) tahun (tertakluk kepada kekosongan).

Adakah asrama disediakan kepada semua pelajar baharu?
YA. Asrama disediakan kepada semua pelajar. Wajib tinggal diasrama untuk 3 semester(1 tahun). Selepas 3 semester, pelajar boleh memilih samada untuk tinggal diasrama atau tinggal di kediaman luar.

Apakah keperluan peralatan dan keperluan harian yang perlu dibawa?
Semua keperluan asas & kelengkapan peribadi termasuk bantal, cadar & selimut ( sekiranya tinggal di asrama) 

Adakah disediakan pengangkutan untuk pelajar ulang-alik dari asrama ke kolej?
Perkhidmatan bas ulang alik di antara asrama & kolej disediakan kepada pelajar.

Adakah pelajar dibenarkan membawa kenderaan sendiri?
Boleh dengan kelulusan Pihak HEP/Asrama. Kenderaan perlu didaftarkan. 

Sekiranya pelajar sakit atau terdapat hal-hal kecemasan, pelajar perlu berhubung dengan siapa?
Penyelia Asrama, atau Felo warden.

Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan dan CCTV disediakan di kampus dan asrama?
Ya. Ada disediakan di semua asrama dan kampus.

Bagaimana dengan had masa keluar masuk asrama? 
Pelajar dikehendaki pulang ke asrama sebelum jam 11.00 malam 

Adakah pelajar dibenarkan membawa peralatan elektrik?
Ya tetapi pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu peralatan elektrik tersebut 

Adakah kemudahan Internet /Wi-Fi disediakan di asrama?
Ada disediakan dengan kelajuan tinggi 100Mbps. 

Adakah terdapat pengangkutan awam yang berdekatan dengan asrama?
Ya. Ada disediakan Grab, teksi, bas awam 

Apakah kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di dalam asrama?
Katil,Tilam, Almari baju, Kerusi, Meja Belajar, Mesin air COWAY, Mesin basuh (coins), WIFI, Surau, Bilik Belajar, Bilik Mesyuarat, Bilik TV.

Adakah semua pelajar diwajibkan duduk di asrama? Sekiranya pelajar ingin duduk bersama ibu bapa, bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat?

 Polisi KPTM mewajibkan semua pelajar tahun pertama tinggal di asrama. Namun sekiranya pelajar ingin tinggal bersama ibu bapa, pelajar perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada pengarah kolej. 

Adakah pelajar dibenarkan untuk mengikuti atau mengadakan aktiviti riadah? 

Pelajar dibenarkan beriadah dengan mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti riadah seperti bersenam dan berjoging secara bersendirian adalah digalakkan. Manakala hanya aktiviti bersukan secara individu seperti badminton, ping-pong dan lain-lain dibenarkan secara minima. 

Yuran Asrama Mengikut Kampus.Lihat di bawah

PEMBELAJARAN

Apakah etika pemakaian semasa menghadiri sesi pengajaran & pembelajaran?
Kemas & Sopan. Pelajar lelaki - Seluar slack, baju kemeja & kasut bertutup. Pelajar perempuan - Baju kurung, blaus atau pakaian ke pejabat dan kasut.
Perkhidmatan bas ulang alik di antara asrama & kolej disediakan kepada pelajar.

Berapakah tempoh pengajian di UPTM/KPTM?
Diploma - 2 Tahun 4 Bulan & Ijazah - 3 Tahun 

Bagaimanakah caranya pelajar mendaftar kelas yang perlu diambil secara online?
Pendaftaran kursus adalah secara automatik. Pelajar yang telah mengesahkan pendaftaran akan mendapat senarai kursus mengikut struktur program yang telah ditetapkan oleh Fakulti. 

Perisian apakah yang digunakan oleh KPTM untuk pembelajaran & pengajaran secara online?
Perisian rasmi yang digunakan oleh KPTM untuk Pembelajaran & Pengajaran secara online adalah Online Learning System – OLeS yang boleh dicapai di laman rasmi KPTM. KPTM juga menggunapakai perisian/aplikasi pembelajaran lain seperti Google Classroom, Webex, Zoom, Microsoft Team, Edmodo dan lain-lain medium teknologi termasuk Whatsapp, Facebook dan Instagram. 

FASILITI

Adakah kafeteria disediakan di kampus dan asrama?
Ada kafeteria di kolej. Di asrama, ada medan selera berhampiran dengan asrama 

Adakah kemudahan Internet /Wi-Fi disediakan di kampus dan asrama. Berapa bayaran?
ADA disediakan dan boleh diakses di seluruh kawasan asrama dan kampus secara Percuma 

Adakah perkhidmatan dobi@mesin basuh disediakan di asrama?
ADA disediakan semua asrama siswa@siswi.

Adakah kemudahan Internet /Wi-Fi disediakan di kampus dan asrama. Berapa bayaran?
ADA disediakan dan boleh diakses di seluruh kawasan asrama dan kampus secara Percuma