SOALAN LAZIM
Adakah saya perlu ke UPSI untuk hadir seminar ini?
Tidak, seminar dijalankan sepenuhnya dalam talian.
Adakah saya wajib membentang UNTUK MENYERTAI SPFK2023?
Tidak, anda boleh mendaftar sebagai peserta tanpa pembentangan.
Adakah saya wajib menghantar manuskrip penuh sekiranya ingin membentang?
Tidak, anda hanya perlu menghantar abstrak bergambar satu muka surat saja.
Adakah saya boleh menghadiri sebahagian sahaja slot seminar kerana saya ada kelas di waktu pagi?
Ya, pembentangan-pembentangan akan dirakam untuk ditonton semula oleh pembentang dan peserta. Akses kepada rakaman hanya diberi dalam 7 hari selepas SPFK2023.
Adakah hasil penyelidikan SAHAJA BOLEH DIBENTANGKAN?
Tidak, apa saja boleh anda bentangkan dan kongsikan bersama komuniti Pendidikan Fizik seperti pengalaman mengajar, isu-isu semasa dan inovasi.
Bolehkah saya mempertandingkan inovasi PdP saya?
Anda boleh menyertai SPFK2023 sebagai pembentang inovasi. Jika inovasi anda melepasi skor ambang aras tertentu, maka ada atau kumpulan anda layak menerima e-Sijil Anugerah Emas, Perak atau Gangsa. Sebagai pembentang, anda juga akan menerima e-Sijil Pembentang.
Berapakah bayaran penyertaan SPFK2023?
RM100 untuk pembentang
RM50 untuk peserta tanpa pembentangan
Saya bukan guru fizik, bolehkah saya sertai SPFK2023?
Boleh, semua yang berminat tentang pendidikan fizik amatlah dialu-alukan.
Bagaimana untuk saya dapatkan info lanjut?
Layari bit.ly/spfk-2023
Jom! "Mempererat komuniti Pendidikan Fizik merentasi aras, ruang dan masa."
#spfk2023 #pendidikanfizik