PENGENALAN
Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2023 merupakan seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kedah serta Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, Perak.
Seminar Pendidikan Fizik Kebangsaan 2023 dianjurkan untuk menyediakan medium kepada komuniti Pendidikan Fizik (guru, pendidik, pensyarah, tutor, penyelidik, pentadbir dan individu yang berminat) dari seluruh Malaysia berkongsi inovasi, hasil kajian, amalan dan isu pada peringkat kebangsaan.
KATEGORI PENYERTAAN
Pembentang (inovasi)*
Pembentang (umum: amalan, isu, kajian)
Peserta (tanpa pembentangan)
*Inovasi akan dinilai panel juri untuk anugerah inovasi emas, perak dan gangsa bagi yang melepasi skor markah ambang yang ditetapkan.
**Pembentang hanya perlu menghantar abstrak bergambar satu halaman. Manuskrip penuh tidak diperlukan.
TEMA
Mempererat komuniti Pendidikan Fizik merentasi aras, ruang dan masa.
SUBTEMA
Pendidikan Fizik Peringkat Sekolah
Pendidikan Fizik Peringkat Prauniversiti
Pendidikan Fizik Peringkat Tertiari
Unsur Fizik dalam Mata Pelajaran Multidisiplin
LOKASI SEMINAR
Dalam Talian
(platform akan diumumkan)
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu
Pembentangan dan abstrak dalam Bahasa Inggeris juga dialu-alukan.
INOVASI
Kongsikan inovasi anda dalam pendidikan fizik sama ada dalam bentuk
teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP)
strategi PdP
alat bantu mengajar
alat bantu belajar
pengurusan PdP
lain-lain (tertakluk kepada tapisan pendaftaran)
Sila rujuk bahagian INOVASI untuk maklumat lanjut.
TARIKH PENTING
Panggilan seminar kali pertama 5 Mei 2023
Tarikh akhir penghantaran abstrak & pendaftaran pembentang 15 Julai 2023 31 Ogos 2023
Tarikh akhir pendaftaran peserta (tanpa pembentangan) 5 September 2023
Tarikh akhir pembayaran yuran seminar 5 September 2023
SPFK2023 26 September 2023 (Selasa)
YURAN SEMINAR
Pembentang : RM100.00
Peserta (tanpa pembentangan) : RM50.00
Pembayaran yuran seminar hanya diterima melalui sistem e-payment UPSI sahaja.
Penganjur Utama
Penganjur Bersama
Penganjur Bersama
Penganjur Bersama