Unit Pusat Sumber IPGKRM

Pengenalan Perpustakaan Maya

Perpustakaan Maya ini merupakan perkhidmatan alternatif kepada perkhidmatan rujukan bahan fizikal. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan perkhidmatan fizikal tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Perpustakaan Maya adalah salah satu inisiatif Unit Pusat Sumber, IPGKRM untuk memenuhi keperluan pengguna.  Perkhidmatan ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan kandungan bahan secara digital. Bahan-bahan digital dalam perpustakaan maya ini adalah dari sumber terbuka dan juga bahan digital yang telah dilanggan oleh melalui eLib IPG dan u-Pustaka. Bahan-bahan digital ini boleh dijadikan sumber rujukan ilmiah untuk penyelidikan dan kajian. Perpustakaan Maya ini akan sentiasa dikemaskini bagi memenuhi keperluan kepada pengguna. Buku Elektronik (e-book) akan dikemaskini secara berkala. Dapatkan artikel-artikel jurnal terkini di pautan bahan digital.