Program Buku Kita

Program Buku Kita 2021 IPGKRM mula bersiaran pada 19 Februari 2021 di saluran Youtube Melewar Channel Studio. Program ini menampilkan penulis buku dalam kalangan warga IPGKRM. En. Mohd Affandi bin Abu selaku moderator telah mengendali program perkongsian hasil penulisan ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Studio Melewar, IPGKRM. Sebanyak 12 episod telah ditayangkan sepanjang tahun 2021.